DIIKTIRAF di peringkat antarabangsa, graduan wanita, Julea Qiestyna Abu Zar mengharumkan nama negara selepas meraih markah tertinggi dalam kertas peperiksaan Rakaman Transaksi Kewangan (FA1), sesi Mac 2023.

Pelajar semester kedua ACCA FIA Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Perak, Julea Qiestyna melakar kejayaan dengan memperoleh markah tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi dunia bagi peperiksaan FA1.

Gambar hiasan (Kredit foto: Twitter)

Tidak sekadar itu, markah 98 daripada 100 yang diperoleh Julea Qiestyna juga kedua tertinggi di dunia bagi sesi Mac 2023.

Julea Qiestyna meluahkan rasa bangga memperoleh markah setinggi itu di samping mengakui tiada petua tertentu yang diamalkan.

“Saya sendiri tak sangka berjaya mendapat markah sebanyak itu kerana persediaan yang dibuat untuk menghadapi peperiksaan itu sama seperti rakan-rakan yang lain.

“Apa pun memang saya bangga kerana menjadi rakyat Malaysia pertama dan yang kedua di dunia memperoleh markah tinggi seperti itu,” katanya.

Berita membanggakan itu dikongsikan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak menerusi laman sosial Facebook rasmi yang menerima lebih 13,000 tanda suka dan 3,000 perkongsian.

“Tahniah atas kejayaan yang diperolehi,” ujarnya.

Baca juga: Tahniah! Penuntut UiTM raih tempat pertama Malaysia, dunia peperiksaan ACCA

Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak, Farah Fatzel turut mengucapkan tahniah atas kejayaan pelajarnya.

“Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kepada ALLAH, tahniah buat anak didikku, Julea Qiestyna atas pencapaian yang sangat membanggakan ini. Semoga Julea terus cemerlang dalam perjalanan ACCA nanti. I know she will!,” titipnya.

Warga maya menzahirkan rasa bangga pencapaian diraih Julea Qiestyna dan berharap kecemerlangan itu menjadi inspirasi buat pelajar lain.

– “Alhamdulillah. Hebat anak Melayu, semoga menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Aamiin.”

Iklan

– “Bakal jadi Gabenor Bank Negara kalau macam ini punya momentum.”

– “Masya-ALLAH bijaknya. Anda telah mengharumkan nama Malaysia. Antara permata dan bakat negara Malaysia.”

– “Moga kepandaian dan kecerdikan yg Allah kurniakan dapat memberi kebaikan dan manfaat kepada semua orang. Tahniah!”

Baca juga: Ke-8 terbaik dunia, siswi perakaunan Malaysia Hannah Mumtazah ungguli ACCA

Iklan

Baca juga: Anak jati Muar Timbalan Ketua Juruteknologi NASA, 6 fakta menarik Florence Tan

Sumber: UiTM Cawangan Perak, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi