Bekas suami Datuk Seri Vida selamat nikah

Bekas suami Datuk Seri Vida selamat nikah
Bekas suami Datuk Seri Vida selamat nikah
A
A
A

BEKAS suami Datuk Seri Vida, Fairuz Ahmad Zainuddin, 42, telah selamat bernikah semula semalam dengan gadis pilihannya.

Fairuz orang Ipoh memilih seorang usahawan dari Kuala Terengganu, Suhaila Adnan, 43, sebagai suri hatinya.

"Kami jumpa dua kali dan terus saya ajak nikah. Alhamdulilah dia terima. Kiranya kami akan bercinta selepas bernikah.

"Doakan kami kekal sehingga ke jannah," ujar Fairuz kepada SinarPlus.

Artikel berkaitan: Yana Samsudin bakal sambut orang baharu bulan depan

Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas isteri, Datuk Seri Vida, Fairuz mengatakan mereka tidak lagi berhubungan selepas bercerai.

Fairuz kini menceburi bisnes takaful.

Semoga Fairuz dan isterinya yang telah lapan tahun berstatus ibu tunggal dengan tiga anak itu kekal bahagia hingga akhirnya.

Sebelum ini, Fairuz pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Vida pada Januari 2014, namun bercerai pada 7 April 2017 lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca