Belanja famili persiapan raya RM800, pemuda terima rezeki tak disangka-sangka hampir RM50,000

ORANG kata buat baik, pasti akan mendapat balasan yang baik. Demikian yang berlaku kepada seorang pemuda, Muhammad Sharul Aiemi Abdullah.

Siapa sangka baktinya kepada keluarga dengan membelikan persalinan baharu buat ahli keluarga bagi menyambut Syawal di sebuah bazar raya di Melaka, sebuah kereta Proton Persona 1.6 bernilai RM49,242 menjadi miliknya.

Baca juga: Rezeki pulangkan dompet berisi RM20,000 tercicir, kejujuran cleaner dibalas tawaran tak disangka-sangka

Kredit foto: Bernama

Langsung tidak menyangka dikurniakan rezeki melalui cabutan bertuah itu, Muhamad Shahrul Aiemi, 21, hilang kata saat dihubungi penganjur yang menyampaikan berita itu kepadanya semalam.

“Masa cuti awal bulan ini, saya ada belikan pakaian dan berbelanja dalam jumlah RM800 di bazar ini untuk ahli keluarga sebagai persiapan raya.

“Sebelum ini tak pernah pun masuk apa-apa cabutan bertuah tapi kali ini, entah kenapa tergerak hati mahu menyertainya. Lagi pula orang tua yang suruh sebab katanya manalah tahu ada rezeki.

“Ketika dihubungi, awal-awal ingat betul ke tidak dapat kereta tapi bila tengok Tik Tok penganjur dan teringat ada masuk cabutan bertuah tempoh hari, saya semak semula tiket cabutan bertuah. Memang betul menang,” katanya.

Baca juga: Rezeki pulangkan cek RM10.4 juta tercicir, kejujuran cleaner Halimah tular, terima kenaikan pangkat

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima replika kunci kereta yang disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Muhamad Shahrul Aiemi yang baru sahaja tiga bulan menamatkan latihan polls di Pusat Latihan Polls (PULAPOL) dan bertugas di Negeri Sembilan juga menganggap kemenangan itu sebagai kejutan dan hadiah buat keluarganya untuk Aidilfitri ini.

Warga maya menzahirkan ucapan tahniah buat pemuda itu.

– “Alhamdulillah, rezeki anak yang baik dan ikhlas ALLAH SWT akan perluaskan lagi.”

– “Rezeki tak salah alamat.”

Iklan

– “Tahniah.”

– “Alhamdulillahhh rezeki.”

– “Bertuah badan.”

Baca juga: Niat baik remaja pulangkan dompet penuh duit dibalas dengan ganjaran tak disangka, siap ada crowdfund khas lagi…

Iklan

Sumber: Bernama

Foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.