Belum terbuka hati, fokus besarkan anak, Hidayah tak sedia kahwin lagi. 'Kena terima & sayang Hamzah'

A
A
A

BALU kepada pelawak Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali terkenal dengan kecekalannya. Empat tahun kematian suami, wanita itu berdikari mengusahakan beberapa perniagaan dan membesarkan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lima tahun.

Baru-baru ini tular gambar beliau di pelamin bersama seorang lelaki mencetuskan tanda tanya. Hidayah atau lebih mesra disapa Dayah menafikan bertunang sebaliknya hanya ingin menunjukkan ketinggian anak saudara.

Baca juga: '4 tahun tak tengok anak buah.' Ali datang rumah Hidayah serah RM75,486.48, pertemuan bersama Hamzah bikin ramai sebak

Baca juga: '13 tahun sudah abang meninggal, kami tetap satu keluarga.’ Hidayah kongsi percutian bersama keluarga kakak ipar dipuji warganet

Memetik laporan Gempak, ibu tunggal itu mengakui ada individu yang cuba mendekati namun beliau belum bersedia untuk berumah tangga lagi.

"Ada yang cuba nak berkenalan dengan saya menerusi mesej, tapi saya tak balas pun. Ada juga yang datang kedai nak berkenalan.

"Saya terbuka hati jika ada jodoh, tapi buat masa ni saya rasa belum lagi bersedia. Saya nak besarkan Hamzah dahulu." kongsinya.

Baca juga: 'Selamat Hari lahir suamiku, cintaku selamanya.' Titipan sayu Hidayah buat Allahyarham Abam undang sebak

Baca juga: Hidayah sebak terima hadiah potret keluarga, genap 3 tahun pemergian Abam Bocey

Pemergian Abam pada tahun 2020 meninggalkan kenangan pilu. Malah sehingga ke saat ini Hidayah menyatakan bahawa sukar untuknya melupakan arwah suami.

"Saya akui memang sukar untuk saya menghilangkan 'bayangan' arwah. Arwah tetap di hati saya, jadi susah untuk saya lupakannya.

"Kalau nak berkenalan dengan saya, kena sayang anak saya. Sebab kita pernah berumah tangga, jadi biar dia terima Hamzah dengan saya sekali," katanya.

Baca juga: Harta peninggalan milik penuh anak lelaki, jangan abaikan hak anak yatim begitu berat hukumannya

Hidayah dan Abam diijabkabulkan dalam satu majlis di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor pada 8 Disember 2017.

Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang. Dua tahun bersama, Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari 2020.

Sumber: Astro Gempak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca