RINDU yang tidak dapat diungkapkan lebih-lebih lagi apabila orang yang dicintai tiada di sisi untuk selama-lamanya.

Perasaan tersebut dikongsikan isteri Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali bersempena ulang tahun kelahiran suaminya.

“Selamat Hari lahir suamiku, 19 Januari 1988. Genaplah umurmu 36 tahun, cintaku selamanya,” katanya menerusi Instagramnya pada Jumaat.

Menerusi video dikongsikan Hidayah, memaparkan dirinya sedang berduet bersama Allahyarham dengan menyanyikan lagu memori bersama.

Abam sentiasa tersenyum sambil ‘mengusik’ isterinya itu yang sedang menyanyi terutama ketika bait-bait romantik.

Baca juga:Wanita hamil mengidam hidu tayar motosikal jadi perhatian, ramai kongsi pengalaman. Tidur dalam lokap pun ada!
Baca juga: Handsome with brain; Dr Noor Hisham kongsi gambar anak-anak lelaki, ramai cuba nasib nak jadi menantu

Dalam masa sama, Hidayah turut menitip pesanan kepada mereka yang bergelar suami dan isteri untuk menghargai setiap detik bersama dan menyimpan segala memori.

“Kenangan yang tidak dapat kembali lagi, simpanlah kenangan bersama pasangan anda.

“Banyak-banyak pun tak apa bila dia tiada kenangan ini akan menjadi kenangan sampai bila-bila… Al-Fatihah suamiku, Syed Umar Mokhtar,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya rata-rata turut menitipkan doa dan menyedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.

– “Selamat hati lahir, semoga tenang di sana bersama orang-orang yang beriman, aamiin.”

– “Selamat hari lahir sahabat, al-Fatihah.”

Iklan

– “Al-Fatihah buat Abam.”

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah yang berusia lima tahun.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!