BARU-baru ini isu hubungan antara Ali Puteh dan kakak iparnya, Hidayah kembali diperkatakan.

Namun bukan isu tersebut yang ingin SinarPlus perkatakan. Menerusi satu video yang dimuat naik balu Abam Bocey baru-baru ini, beliau membawa anak-anak arwah abangnya bercuti.

Malah, percutian tersebut turut disertai oleh kakak iparnya. Biarpun abangnya sudah meninggal dunia 13 tahun lalu, namun hubungan baik antara Hidayah dan kakak iparnya tetap terjalin erat.

hidayah

Beliau yang mesra disapa Dayah membawa anak-anak saudaranya itu bercuti ke Port Dickson.

Baca ni ‘Awak pun berhak bahagia.’ Kongsi gambar berlatarkan pelamin, Hidayah Abam bertunang? Warganet ucap tahniah, tumpang gembira

“Jalan-jalan bawak anak-anak arwah abangku dengan keluarga kakak iparku ke PD. Pemandangan cantik.

“Walaupun arwah abang sudah tiada 13 tahun, tapi kami tetap menjadi keluarga sampai bila-bila. Love semua,” demikian titipan Dayah menerusi kapsyennya di Instagram.

Perkongsian tersebut jelas membuktikan betapa hubungan yang terjalin tidak putus dan tetap menjadi satu keluarga biarpun arwah abangnya sudah lama pergi.

Baca lagi ‘Selamat Hari lahir suamiku, cintaku selamanya.’ Titipan sayu Hidayah buat Allahyarham Abam undang sebak

 

Orang baik ALLAH sayang

Menerusi video tersebut, kelihatan anak-anak abang Dayah yang sudah besar panjang dan ada yang lebih tinggi daripadanya.

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran video tersebut mendapat lebih 5,000 tanda suka.

Kemesraan antara mereka membuatkan warga maya melahirkan rasa kagum dan memuji keakraban tersebut.

hidayah 1

‘Macam ni baru betul. Bukannya bila arwah takde, ipar duai dibuat musuh. Orang Baik ALLAH selalu sayang.’

‘Hidup hanya sekali berbuat baiklah selagi termampu hidup pasti ceria.’

‘Alhamdulillah suka tengok famili Dayah sentiasa menjaga hubungan baik.’

‘Macam ni lah contoh terbaik. Semoga rezki Dayah tak putus-putus untuk family.

Iklan

‘Alhamdulillah yang utama dalam hidup kita adalah family.’

‘Dari kebaikan ini juga salah satu Dayah diperluaskan rezeki.’

Baca juga Hidayah sebak terima hadiah potret keluarga, genap 3 tahun pemergian Abam Bocey

‘Alhamdulillah. Memang itulah yang sebaiknya. Demi anak-anak. Darah daging kitakan.’

‘Alhamdullillah..memang betoi ukhwah dalam persaudaraan sebuah keluarga tak penah hilang..sentiasa menjaga dengan baik.’

Hidayah 2

Iklan

‘Bila kita hidup sentiasa berlapang dada.. Pasti bahagia yang datang. Bagus didikan mak ayah Dayah.’

‘Pertalian darah pada anak anak pula 1 darah dgn kita, walaupun ada atau tiada anak lun kakak ipar pernah bersama dgn abg kita. Kita jgn pernah lupakan dia. Tahniah sis. Awak orang yang hebat.’

Baca juga Dulu tak mampu bayar, kini Hidayah berjaya miliki kereta idaman berkat jualan sabun, produk kosmetik

Sumber: Instagram hidayah_hamzahh

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang