Bermula dengan zero pernah jatuh merudum, Amalina wanita cekal usahakan pusat terapi Alhaudh

CEKAL dan semangat tinggi! Itu yang boleh digambarkan kepada seorang wanita yang mengusahakan perniagaan pusat terapi ini.

Bermula dengan zero, tanpa pinjaman, Amalina atau nama sebenarnya Nurul Amalina Mustapa, 39, mengumpul modal sendiri sedikit demi sedikit untuk membuka sebuah pusat terapi.

Impian menjadi kenyataan apabila pada tahun 2012 Amalina berjaya membuka pusat terapi Alhaudh yang menjalankan perkhidmatan akupunktur, bekam dan urutan saraf.

Urutan saraf merangkumi kaedah tradisional dan pembetulan tulang belakang.

Bermula hanya dengan perkhidmatan dari rumah ke rumah kemudiannya berjaya mempunyai dua pusat terapi di Shah Alam, Selangor namun terpaksa akur apabila ditutup sepenuhya ketika wabak Covid-19 melanda dunia.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, tercetusnya idea untuk membuka pusat terapi tersebut ketika usianya 26 tahun.

Baca juga Pereka grafik kini usahawan cenderahati, 14 tahun Dasheela terajui Dweet

Sebelum itu, dia bekerja sebagai Sales Coordinator di sebuah syarikat minyak & gas setelah menamatkan pengajian Degree Bba (hons) dalam bidang pemasaran.

Namun dalam masa yang sama, Amalina turut mengambil peluang belajar secara sambilan bidang pengajian diploma dalam Usulludin di University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed).

Siapa sangka, bermula di situ, dia mula meminati bidang bekam yang merupakan perubatan sunnah untuk bantu diri sendiri dan keluarga pulih daripada sakit-sakit badan.

“Jadi bermulalah pencarian kursus bekam dan urutan bersalin. Saya mula mendapat pelangan awal hasil rekomen dari terapis-terapis senior.

“Selepas itu, saya pula mula jatuh hati untuk belajar akupuntur dan kiropraktik.

“Setelah berkahwin, suami pula memberi sokongan penuh untuk merantau ke luar negara untuk mendalami Perubatan Tradisional & Komplementari (TCM) dan perubatan alternatif,” ujarnya.

Baca juga Rahsia bekas guru KAFA ubah nasib keluarga cipta jenama Pizza Jangok Mek Ani

 

Bercerita mengenai pengalaman jatuh bangun perniagaannya, orang yang setia menemani adalah suami dan adik beradik.

“Suami banyak bantu dari segi kewangan, moral dan idea. Adik beradik juga semua dikerah menjadi pekerja di Alhaudh.

“Sehingga saya dapat latih pekerja sendiri. Penerimaan dan permintaan sangat mengalakkan namun pada kemuncak tahun 2020. Apabila datangnya ancaman Covid-19, kami adalah antara bidang yang disekat beroperasi paling lama dan ketat.

“Pekerja hilang sumber pencarian terutama abang dan kakak ipar dalam bidang yang sama. Kami terpaksa berkongsi apa yang boleh asalkan bertahan.

“Dari segi kewangan memang parah, pihak pemilik kedai hanya bantu pada awalan. Dua tahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukannya jangka yang pendek. Akhirnya Alhaudh ditutup sepenuhnya.

Iklan

“Ada pelangan sanggup redah PKP untuk dapatkan terapi tapi banyak halangan disebabkan anak-anak ketika itu masih kecil. Keselamatan dan kesihatan keluarga amat dititikberatkan.

“Selepas PKP berakhir, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mula lepaskan pusat terapi dibuka, barulah saya berani menerima pelanggan dengan inisiatif perkhidmatan di rumah.

“Memandangkan kos sara hidup tinggi dan memang inilah jiwa saya. Saya suka melihat orang sihat,” ujar Amalina.

Baca juga 2 beradik usaha kebun anggur guna teknik tanpa tanah. Ini cerita usahawan dari Kelantan

Dalam merancang hala tuju perniagaan, isteri kepada Ali Hussain itu menanam impian untuk membuka sebuah pusat rehabilitasi.

“Mungkin ini sedikit sukar kerana KKM kini semakin menyekat pengamal perubatan tradisional. Mungkin akan terlaksana jika suatu hari nanti saya mempunyai modal yang besar. Malah kini banyak universiti mulai tawarkan kursus dalam bidang TCM dan tradisional ni,” katanya.

Iklan

Justeru buat wanita di luar sana yang berimpian menceburkan diri dalam perniagaan, pesan Amalina, dalam hidup ini tiada kejayaan tanpa pengorbanan.

“Rezeki tu ALLAH dah tetapkan ada. Betulkan niat, jalan terus. Nak berjaya tak ada yang mustahil tapi pengorbanan perlu untuk dapatkan sesuatu.

“Teamwork. Terima pendapat orang sekeliling, berbincang. Banyakkan membaca dan berukhwah.

“Selain itu, jaga pelangan kita kadang-kadang mereka banyak bagi idea dan nasihat.
Jaga juga hubungan dengan ALLAH. ALLAH akan jaga kita.
Macam saya, sebab niat awalnya untuk buat perubatan sunnah. Jadi tidak boleh langgar apa-apa yang tak boleh,” kongsinya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!