Besarnya dugaan, wanita hamil kembar 3 keguguran jatuh di tandas buat ramai sebak

Besarnya dugaan, wanita hamil kembar 3 keguguran jatuh di tandas buat ramai sebak
Besarnya dugaan, wanita hamil kembar 3 keguguran jatuh di tandas buat ramai sebak
A
A
A

SEDIHNYA! Gara-gara terjatuh ketika di tandas, wanita hamil kembar tiga mengalami keguguran.

Memiliki zuriatselepas berkahwin adalah impian bagi setiap pasangan.

Tidak kira sama ada dikurniakan bayi perempuan, lelaki atau kembar, kehadiran mereka pastinya mewarnai hubungan dan mengeratkan lagi ikatan suami isteri.

Namun, siapalah kita untuk melawan takdir Maha Esa yang telah menetapkan rezeki, jodoh dan ajal buat manusia.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang wanita berdepan detik hitam apabila mengalami keguguran setelah terjatuh di tandas.

Menerusi video yang dimuat naiknya di TikTok @kasihlauraaaa, difahamkan dia sedang hamil tiga anak kembar pada ketika itu.

Dua daripada tiga anak kembarnya itu merupakan kandungan dalam rahim manakala seorang lagi berada di luar rahim namun tragedi jatuh di tandas telah meragut kebahagiannya sebagai seorang bakal ibu.

Baca juga Paling subur, wanita miliki 44 anak pada usia 36 tahun berhenti hamil

Wanita itu juga sempat menceritakan bagaimana situasi cemas itu terjadi sebelum dia disahkan kehilangan ketiga-tiga anaknya.

"Saya jatuh toilet sebenarnya... lepas seminggu baru saya bleeding. Dia spotting brown je mula-mula beberapa hari lepastu baru cramp perut macam sengugut," coretnya di ruangan komen.

Apa yang lagi membuatkan ramai sebak apabila dia berdoa agar dapat berjumpa anaknya di Syurga kelak bahkan dia turut menamakan ketiga-tiga anak kembarnya dengan Mubasyir, Mustafa dan Mudasir.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga warga maya sebak melihat dirinya yang kehilangan ketiga-tiga anak kembar sekali gus.

Ramai yang mendoakan agar wanita tersebut terus kuat dan dikurniakan kesabaran untuk menghadapi dugaan.

Ujar mereka;

"Besarnya dugaan awak, wanita hebat diuji dengan ujian yang cukup hebat. Semoga ganjara Syurga buat awak."

Baca juga Sukar hamil, tulang reput, ini bahaya kopi untuk wanita

"Sabar ye awak, saya dua kali dah gugur, sedih yang teramat sangat tapi kita kena kuat. Tak nak nangis ya."

"Kami pun dapat khabar berita kembar tapi ALLAH sebaik baik perancang. Sekarang baby sorang lagi sedang berjuang. Doakan ya."

"Be positive. ALLAH dah atur cantik dah one day you will know why ALLAH berikan ujian macamtu."

"Terus kuat sis. Semoga ada rezeki untuk awak. Saya pun pernah ektopik. Alhamdulillah masih diberi peluang pregnant lagi."

@kasihlauraaaa Apa cara terbaik untuk mendamaikan hati ? #misscarriageawareness♬ suara asli - jutekkubandung??

Justeru, ibu-ibu yang hamil di luar sana, lebih berhati-hatilah ketika berada di mana sahaja bagi mengelakkan kejadian jatuh dan keguguran.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca