Beza umur 34 tahun, suami disangka cucu, Rokiah bahagia di samping jodoh 27 tahun

CINTA tak mengenal usia, itulah ungkapan yang sesuai digambarkan dengan video yang tular baru-baru ini.

Biarpun berbeza usia 34 tahun, Muhammad Amin Jumdail, 28, dan Rokiah Samad, 62, pasangan ini kekal bahagia.

Berkenalan pada Mendirikan rumah tangga pada 9 September 2022 selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan, keduanya muncul dalam sebuah video berdurasi 15 saat di laman sosial TikTok yang meraih lebih 2.3 juta tontonan.

Mengimbas kembali detik pertemuan, Muhammad Amin menjelaskan segalanya bermula daripada komen di laman sosial.

Baca juga: Jodoh beza umur 47 tahun, pengantin perempuan terima hantaran lumayan. Ramai yang ternganga

“Dari situ kami mula berhubung dan September lalu mengambil keputusan untuk mengikat tali pernikahan.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, apabila kesemua 10 orang anak-anak isteri menerima saya seadanya,” katanya yang berasal dari Semporna, Sabah.

Menerusi video yang dikongsikan, pasangan ini seolah tidak berbeza umur yang ketara.

Rokiah ternyata berjiwa muda biarpun sudah meniti usia emas dan memiliki 22 cucu.

Pun begitu, tidak dinafikan ada yang salah tanggapan mereka berdua sebagai nenek dan cucu.

Baca juga: Beza usia 62 tahun, lelaki 90 tahun kahwini bekas kakak ipar 28 tahun

Ditanya tentang daya tarikan Rokiah, Muhammad Amin yang bekerja sebagai tukang urut dan peniaga dalam talian mengakui sikap matang, manja dan memahami wanita itu menawan hatinya.

Wanita kelahiran Kelantan itu mengakui perkahwinannya bersama Muhammad Amin adalah yang ketiga.

Baca juga: ‘Jaga mak baik-baik.’- Ibu bertemu jodoh pada usia 64 tahun, Datuk Azril luah rasa sebak!

Bercerita tentang perihal pasangan hidup yang terdahulu, memiliki suami yang lebih muda bukan perkara baharu buatnya.

“Beza umur suami pertama sekitar enam tahun, suami kedua pula orang muda juga, sebaya dengan Muhammad Amin.

“Namun jodoh kami tidak panjang kerana dia bekerja di China,” ujarnya.

Dipertemukan dengan jodoh yang lebih muda, Rokiah menganggapnya sebagai rezeki.

Iklan

Menolak tanggapan ramai yang suami muda sukar dijaga, Rokiah meletakkan sikap saling menghormati, memahami serta rasa cinta di antara satu sama lain sebagai landasan untuk bahagia.

“Kalau boleh, biarlah dia menjadi suami terakhir saya,” katanya.

Warganet yang mengikuti kisah pasangan unik ini rata-rata memberikan kata-kata positif dan mendoakan agar kedua-duanya bahagia hingga ke akhir hayat.

Baca juga: Pelajar lamar guru, beza 10 tahun bukan halangan

– “Jodoh rahsia ALLAH, semoga berkekalan hingga ke jannah.”

– “Alhamdulillah, semoga bahagia hingga ke akhir jannah. Umur bukan penghalang, semoga bahagia selalu.”

Iklan

– “Alhamdulillah moga bahagia hinga hujung nyawa.”

– “Jodoh telah ditentukan ALLAH.”

– “Siapa kita menidakkan apa yang ALLAH tulis, sebab ianya rahsia ALLAH. Alhamdulillah semoga kalian bahagia selalu bersama hingga hujung nyawa. Aamiin.”

Baca juga: Jodoh luar biasa, dulu crush kini bergelar suami. Haziq selesa galas tanggungjawab bapa segera

Sumber: Sinar Harian, @mohammadamiinrokiahfamli

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi