Billboard untuk iklan bisnes tapi dijadikan pesanan ingatkan P4lestin, usaha Syafiqah Aina dipuji ramai

Billboard untuk iklan bisnes tapi dijadikan pesanan ingatkan Pal4stin, usaha Syafiqah Aina dipuji ramai
Billboard untuk iklan bisnes tapi dijadikan pesanan ingatkan Pal4stin, usaha Syafiqah Aina dipuji ramai
A
A
A

Billboard untuk iklan bisnes tapi dijadikan pesanan ingatkan P4lestin, usaha Syafiqah Aina dipuji ramai

USAHAWAN dan pempengaruh media sosial, Syafiqah Aina meraih perhatian ramai selepas menggunakan papan iklan untuk mengingatkan orang ramai terhadap rakyat di Pal4stin.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aina berkata papan iklan tersebut sepatutnya digunakan untuk mengiklankan produk kecantikannya.

"Sepatutnya billboard ini saya gunakan untuk iklankan jenama AINAA supaya orang ramai dapat tahu lokasi kami.

"Bayaran untuk membuat iklan di billboard ini juga agak tinggi," katanya.

Namun begitu, ibu kepada dua anak itu berkongsi bahawa hatinya kuat untuk menggunakan papan tersebut agar orang ramai tidak melupakan konflik di P4lestin.

"Tapi tak tahu hati ni kuat sangat nak buat ni. Nak mengingatkan orang ramai supaya tak lupa kepada P4lestin lebih baik untuk waktu ini," ujarnya.

Tambah wanita berusia 29 tahun itu, dia sangat terkesan dengan perkongsian pelbagai video di media sosial berhubung kesengsaraan menimpa rakyat P4lestin.

Malah, perkongsian Aina sendiri mengenai negara tersebut turut mengalami kesan kerana penontonnya juga semakin berkurangan.

Baca juga Lepas hantar umrah hadiah RM10,000 pula untuk kahwin, ramai touching Hafiz Mahamad hargai staf

 

"Saya sangat terkesan bila tengok video apa yang terjadi di sana, sedih sangat rasa! Saya hargai dan bangga dengan korang yang konsisten kongsi tentang P4lestin.

"Jujur, media sosial saya pun terkesan. Ada yang kata tak nampak dah posting saya, jumlah penonton dan lain-lain terkesan sebab setiap hari kongsi tentang P4lestin.

“"Walaupun saya tahu media sosial penting untuk bisnes dan lain lain tapi buat masa sekarang, ini keutamaan kita," ujanrya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong dan memuji tindakan Aina itu sebagai peringatan kepada orang ramai.

Ujar mereka;

"So proud of you both for doing this. We need more influencers like you guys. Keep up the good work and may ALLAH bless you dunia dan akhirat."

"Insya-ALLAH sama-sama kita doakan mereka dan teruskan boycott tanpa henti! We can do this together."

Baca juga Doa termakbul depan Kaabah, Hafiz Mahamad guna hasil titik peluh hantar ibu bapa tunai haji jadi inspirasi!

"Semoga ALLAH melipat kali gandakan rezeki atas usaha bersolidariti ini."

"Semoga ALLAH membalasnya dengan sebaik-baik, sebesar-besar ganjaran di dunia dan di akhirat."

Dalam pada itu ramai juga yang mendoakan agar perniagaan Aina semakin berjaya dan maju.

Aina merupakan isteri kepada pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad, mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raisya Arisa dan Rayqal Arees, masing-masing berumur empat tahun dan satu tahun.

Sumber: Instagram Syafiqah Aina

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca