Lepas hantar umrah hadiah RM10,000 pula untuk kahwin, ramai touching Hafiz Mahamad hargai staf

USAHAWAN dan influencer, Hafiz Mahamad sering menjadi perhatian ramai.

Pelbagai kejutan, perkara menggembirakan dan kebaikan dilakukan buat ahli keluarga, pekerja dan orang awam menyebabkan ramai mengaguminya.

Terbaru, suami kepada Syafiqah Aina itu menghadiahkan RM10,000 buat seorang staf syarikatnya.

Personaliti media sosial itu menerusi perkongsiannya di Instagram, dia memahami cabaran seorang lelaki dalam usaha untuk menghalalkan wanita yang disayangi kerana pernah melaluinya suatu ketika dahulu.

“Teringat waktu kahwin dengan Aina dulu. Staf saya ni bagus, ingat dua tahun lepas waktu temu duga dengar dia budak tahfiz, terus saya ambil sebab boleh la dia ajar kami dekat pejabat ni tentang agama.

“Dia kata, umrah dah bagi, ni kahwin pula. Bukan abang bagi, ni rezeki daripada amalan awak. Abang hanya dengar ‘suara hati’.

Baca juga Cuti, bonus sebulan gaji, instafamous Hafiz Mahamad buat kejutan untuk staf lepas terima dua anugerah

 

“Jika ini hak kamu, maka dia hak kamu dengan perniagaan. Di mata orang mungkin abang pemiliknya, tapi di mata tuhan abang, abang pemegang harta sementara, bukan milik abang sepenuhnya,” katanya.

Tambah bapa kepada dua anak itu lagi, para pekerjanya adalah merupakan tanggungjawabnya.

Oleh kerana itu, dia ingin mencipta banyak kenangan yang boleh dikenang dan diceritakan suatu hari nanti.

“Kamu semua tanggungjawab abang. Selagi bernafas abang nak cipta banyak kenangan yang suatu hari nanti abang boleh ingat dan lihat cerita tentang kejayaan demi kebahagiaan,” coretnya.

Video yang dikongsikan buat ramai touching melihat majikan yang sangat memahami dan amat menghargai pekerjanya.

Baca juga Buat kejutan hadiahkan isteri, ibu bapa mentua pakej haji sempena birthday, Hafiz Mahamad undang air mata warganet

Iklan

Ujar mereka;

“Hafiz ni patut dicontohi, dia sangat memahami pekerja dia, dia hargai usaha-usaha pekerja dia dan dia tau rezeki yang dia dapat tu patut dikongsi dengan semua tak kira siapa.”

“Allahuakbar! Semoga Hafiz terus menjadi contoh dan majikan yang memahami serta baik hati.”

“Ya ALLAH bagusnya. Paling touching dengar syarat tu. Selalunya dah kerap-kerap dengar ayat bos-bos syarat mesti jangan lupa kerja keras lagi untuk company.”

Iklan

“Tak pernah tak berair mata tengok Hafiz ni. Moga ALLAH hadirkan lebih ramai yang murah hati seperti Hafiz dan Aina.”

“Masya-ALLAH hati mulia sungguh majikan macam ni. Susah nak jumpa kan. Betul-betul dia buat pekerja dia macam ahli keluarga sendiri. Semoga Hafiz jadi inspirasi buat semua majikan lain. Kebajikan staf yang terjaga bukan hanya pentingkan untung syarikat semata mata.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!