CANTIK, kemas dan tenang mata memandang. Demikian antara pujian yang diberikan kepada penyanyi Black sebaik beliau memaparkan dekorasi kediamannya sehingga meraih perhatian ramai.

Sebelum ini, pemilik nama sebenar Hanifah Muhammad Hanafiah pernah memuat naik video kawasan laman rumahnya yang terletak di corner lot sedang diubahsuai.

Kini, selepas semuanya siap. Hasilnya cukup menarik dengan pemilihan konsep moden.

Tampak simple, namun cukup mendamaikan mata memandang. Lebih-lebih lagi ruang laman yang begitu luas dan menghijau.

Ruang kediaman Black juga selesa dan sesuai untuk dijadikan port melepak atau berkumpul ramai-ramai sambil berbeku.

Ruang dapur dilihat memang luas dan teratur. Memang jadi idaman setiap wanita, apatah lagi yang suka memasak.

Baca ni ‘Lawanya rumah, ingat dekat luar negara.’ Isteri Rahim Sepahtu kongsi gambar rumah, siap ada mini golf bikin ramai teruja!

Dapur yang vazz memang tidak akan terasa kepenatan, bahkan lebih seronok ketika menyediakan juadah buat keluarga.

Melihat kehijauan pokok dan kekemasan setiap penjuru kediaman, hilang seketika rasa penat dan bebanan kerja di pejabat tatkala pulang ke rumah untuk berehat.

Pendek kata, rumah Black memang terbaik!

BIJAK MENYIMPAN

Rata-rata warga maya memuji Black yang disifatkan bijak menyimpan sehingga membolehkan beliau memiliki kediaman sendiri.

Tidak kurang yang memuji pemilihan perabot dan susun atur dalam kediaman tersebut yang nampak tersusun jer.

Berikut Sinarplus kongsikan beberapa komen yang memuji kediaman Black:

‘Alhamdulilah cantiknya rumah sejuk je mata memandang.’

‘Cantiknye rumah. Tenang dan mendamaikan. Alhamdulllah rezeki black sekeluarga.’

‘Indahnya teratakmu wahai insan seni.’

‘Cantiknya rumah. Suka betul ada laman kat belakang macam tu.’

‘Cantiknya rumah. Suka rumah dapur macam ni dengan pemandangan hijau keliling rumah.’

‘Cantiknya rumah Black Hanafiah. Rezeki awak sekeluarga. Moga kekal sukses.’

Baca ni Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

RINDU BERNIAGA DI BAZAR

Menerusi perkongsian itu juga, bapa kepada dua cahaya mata itu juga seperti kita yang menghitung hari untuk menyambut lebaran tidak lama lagi.

Iklan

Tidak hanya merujuk kepada media sosialnya sahaja, SinarPlus mengambil langkah dengan menemubual empunya diri untuk bertanya lanjut tentang persiapan lebaran mereka sekeluarga tidak lama lagi.

Kata Black, beliau akui, banyak yang perlu ditukar. Apa maksudnya itu?

Baca lagi Shiera Ijoy kongsi panorama rumah dusun miliknya yang lengkap dengan jakuzi tepi sungai. Memang cantik!

Ia merujuk kepada baju raya untuk anak sulungnya, Khaleef Dayyan yang cepat membesar. Sekarang si Khaleef sudah memasuki tahun dua di sekolah dah.

“Saya akan belikannya baju baru. Begitu juga dengan anak kedua, Rindu Dayyana. Sementara kuih raya pula ada yang buat sendiri dan ada yang beli,” ujar Black yang bakal membawa keluarganya pula beraya di Langkawi, Kedah tahun ini.

Suami kesayangan Naquila Yasirah atau mesra disapa Cira Khairi itu turut berkongsi kenangan sewaktu kecil yang dirindui sehingga kini.

“Paling saya rindukan setiap kali tibanya bulan Ramadan adalah berniaga di bazar. Sejak kecil saya sudah biasa berniaga di Bazar Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Namun, sekarang masa berlalu begitu pantas.

“Sekarang, saya tak dapat berbuat demikian (berniaga) dek kerana tuntutan kerja sebagai penyanyi. Sementelah, tawaran menyanyi tidak putus-putus. Jadi, masa begitu terhad. Alhamdulillah, ini semua berkat rezeki untuk kami sekeluarga,”ujar Black.

Iklan

Baca ni Bijak maksimumkan ruang walau rumah kecil, idea wanita ini bina loteng satu alternatif menari

Anak jati Kuala Lumpur itu turut meluahkan kerinduan akan suasana menyambut raya seperti dahulu.

“Kalau dulu, ramai saudara-mara balik kampung dan boleh bergurau-senda. Ramai-ramai akan tidur di ruang tamu. Namun, suasana sedemikian sudah tidak dapat dirasai lagi. Apatah lagi kini ramai pak cik, mak cik saya yang sudah meninggal dunia.

“Rindu rasanya dengan suasana sambut raya waktu kecil dahulu. Malah, sehingga kini ia masih segar dalam ingatan saya. Sebab itu, saya akan pastikan, setiap kali raya kami sekeluarga akan menyambut dengan penuh kegembiraan,” ujar Black lagi.

Sumber: Instagram black. hanifah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi