“Bintangku tinggi di atas…”Status terakhir FB Kapten Affendi Bustamy jadi perhatian, terima anugerah seminggu sebelum terkorban

A
A
A

PESAWAT pejuang Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth Butterworth, Pulau Pinang pada Selasa, malam mengorbankan salah seorang juruterbang.

Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meninggal dunia semasa pesawat terhempas.

Manakala seorang lagi, Mejar Mohd Fareez Omar pula mengalami kecederaan.

Pemergian Kapten Mohamad Affendi meraih perhatian ramai terutamanya dalam kalangan rakan sejawat dan kenalan.

Salah seorang rakan Allahyarham dikenali sebagai Aman Nazman berkongsi hantaran Facebook milik perajurit itu.

Katanya hantaran Affendi penuh motivasi dan dia tidak menyangka sahabatnya itu telah meninggal dunia.

“Seram sejuk dibuatnya mendapat perkhabaran Kapten Affendi Bustamy yang telah pergi buat selama-lamanya.

“Pemergian pula ketika dalam melaksanakan tugas penerbangan pada malam hari, sungguh cemburu.

“Banyak kenangan yang terimbau sejak sama-sama melapor di Pangkalan Udara Butterworth.

“Terdetik nak tengok kembali status-status Tuan, walaupun ringkas tapi penuh motivasi.

“Semoga roh Tuan dicucuri Rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” titipnya.

Antara status Facebook yang mendapat perhatian adalah kata-kata ringkas “Bintangku tinggi di atas” yang dikongsikan Allahyarham pada 10 Oktober.

Ia juga merupakan titipan terakhir sebelum juruterbang pergi buat selama-lamanya.

Sementara itu, kredibiliti juruterbang ini bukan calang-calang.

Terdahulu, Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas malam tadi merupakan pemenang Anugerah Green Endorsement menerusi Anugerah Inovasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ia sebagai pengiktirafan di atas kepakaran beliau berjaya membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.

Anugerah itu disampaikan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad di Auditorium AWC, Pangkalan Udara Subang, Selangor minggu lepas.

Baca juga: Gugurnya wira negara, Lans Koperal Mohamad Azrin lemas ketika latihan, berikut kronologi kejadian

Baca juga: Perginya Wira Merah terperangkap arus banjir, tinggalkan balu, 4 anak

Sumber: Aman Nazman, Portal TUDM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca