TIDAK dapat dinafikan sejak kebenaran merentas daerah, negeri dan melancong dibenarkan kerajaan, orang ramai bagaikan terlepas daripada ‘ikatan’ yang selama ini merantai kaki tangan mereka.

Peluang yang diberikan tidak dilepaskan. Antara aktiviti yang menjadi pilihan adalah bersiar-siar pada hujung minggu dengan membawa ahli keluarga termasuk anak-anak kecil.

Bagaikan tiada lagi hari esok membuatkan banyak lokasi tumpuan pelancong menjadi sesak.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ramai juga antaranya memilih untuk bawa anak-anak pergi bermandi-manda di hotel atau taman tema air.

Namun dalam keseronokan tersebut, ibu ayah khususnya perlulah lebih berhati-hati dan pastikan anak sentiasa dipantau.

Seperti satu perkongsian seorang lelaki di Facebook yang berhadapan detik cemas apabila kejadian lemas berlaku betul-betul di hadapan matanya ketika bercuti di sebuah hotel di Melaka baru-baru ini.

Menerusi posting Nik Azwan Mustapha, kejadian tersebut menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan tidak sedarkan diri.

Apa yang lebih mengharukan apabila ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit tidak dapat dikesan selama 20 minit kerana terlalu ramai pengunjung di kawasan itu.

Difahamkan juga, seorang pemuda tidak perasan kehadiran kanak-kanak berkenaan di kawasan kolam dewasa itu dan ‘tersepaknya’ ke dasar.

Mujur, ada yang menyedari keadaan itu maka kanak-kanak tersebut diselamatkan dan diberikan bantuan kecemasan CPR.

Iklan

Kunjungi taman tema, hiburan diskaun 50%, tebus e-baucar tunai bernilai RM10 sekarang!

Justeru, Nik Azwan menasihati para ibu bapa di luar sana untuk sentiasa memerhati anak-anak kecil mereka agar tidak berlaku kejadian tidak diingini.

“Nasihat saya kepada kedua ibu dan ayah. Mohon pantau anak-anak masing-masing ketika bermain air semasa percutian.

“Kejadian betul-betul depan mata, mak dan ayah gadis ni tidak dapat di kesan selama 20 minit akibat terlalu ramai pengunjung di musim cuti.

“Terkejut seorang lelaki tersepak anak kecil perempuan ni di dasar kolam dewasa. Keadaan anak kecil sudah tidak sedarkan diri kerana lemas.

“Alhamdullilah 20 minit CPR dari orang awam anak kecil ini kembali sedar. Mungkin dia baru lemas dua atau tiga minit sebelum ditemui,” ujarnya.

Kejadian tersebut ternyata buat ramai warga maya membuka mata.

Iklan

Ujar mereka;

“Harap ada peruntukan undang-undang untuk saman ibu bapa yang cuai.”

Baca juga [VIDEO] Dilarang masuk ke JPJ gara-gara pakaian tak ikut etika, pemuda terus sarung kain pelekat

“Tempat kejadian yang sama pernah berlaku kematian. Budak meninggal sebab lemas.”

“Inilah sebabnya tak suka bawak anak-anak main air.”

“Thank God someone know how to do CPR!”

“Seramnya… time orang ramai tu tak ada yang perasan. Syukur budak tu masih selamat. Takotlah nak bawak pergi kolam.”

Sumber: Nik Azwan Mustapha