Bukan calang-calang, Porsche dan Mustang jadi habuan

A
A
A

WOW! Sebuah syarikat produk kecantikan berbesar hati menghadiahkan 'sports car' Porsche dan Mustang bernilai jutaan ringgit.

Bukan satu tapi empat buah 'sports car' akan diberi secara percuma kepada wakil jualan yang menunjukkan prestasi terbaik sepanjang tahun lalu dan tahun ini.

Menurut Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi Meeracle, Bella Luna, antara kereta 'sports car' yang akan dibawa pulang oleh seorang wakil jualan yang mencatat prestasi sangat luar biasa pada tahun 2020 ialah sebuah Porsche 718 Cayman.

"Manakala tiga buah Ford Mustang 5.0 GT akan dibawa pulang oleh wakil jualan yang menerima Anugerah Jualan 2021,” katanya.

Fuh memang bertuah siapa yang dapat kereta tersebut. Tidur dalam kereta la nampaknya.

Bukan calang-calang, Porsche dan Mustang jadi habuan

Tambah Bella, anugerah itu adalah sebagai salah satu motivasi kepada mereka untuk terus bersemangat mengorak langkah untuk terus berjaya.

"Malah ia juga dianggap sebagai salah satu pembakar semangat kepada semua golongan wanita untuk mengubah nasib mereka dan menjadi usahawan wanita yang berjaya," ujarnya.

Terbaiklah! Betul kata orang, mereka yang berjaya lahir daripada hasil kerja keras.

Kejayaan sebenar juga bergantung kepada prestasi diri sendiri serta semangat untuk bekerja.

Baca juga Rebut ganjaran duit raya NIMS ADELICIOUSZ, wang tunai hingga RM30,000 pemenang bertuah

Ingat korang anak muda, untuk berjaya dalam hidup memerlukan kegigihan dan pantang menyerah walau di saaat kejatuhan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca