'Bukan kehilangan tapi memulangkan.' Rangka ditemui selepas 36 hari, isteri reda Muhammad Syafiq sudah tiada, akui suami terbaik

A
A
A

BARU-baru ini negara dikejutkan dengan berita kehilangan lelaki, Muhammad Syafiq Salehin, 32, yang tidak pulang selepas keluar menjemput anak-anak pulang daripada sekolah.

Namun siapa sangka, rangka yang ditemui pada sebuah ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelemah, Gemas, Negeri Sembilan baru-baru ini adalah milik lelaki itu.

Selama 36 hari tiada khabar berita dan menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengambil masa sebulan selesai, Eijaa Aziz pasrah suami ditunggu-tunggu kepulangannya disahkan meninggal dunia.

Baca juga: Jasad ditemui, isteri reda Konstabel Iskandar sudah tiada, pencarian 9 hari berakhir. ‘Pada Jumaat yang suci kamu datang…’

Baca juga: 'Hati saya lega, lapang.' Persoalan ibu terjawab selepas 10 bulan Muhammad Iman hilang

Berikut adalah kronologi kejadian yang menyayat hati:

1-Muhammad Syafiq keluar dari rumah di Kampung Paya Lebar, Air Kuning Selatan pada 25 Mac 2024 dan keluar bekerja seperti biasa di Kampung Parit Buloh.

2-Pada waktu rehat, lelaki itu yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 berwarna biru keluar menuju ke sekolah anak-anaknya di Tabika Kemas Felda Bukit Jalor untuk menjemput mereka pulang kira-kira jam 11.30 pagi.

3-Bagaimanapun, isterinya dimaklumkan anak-anak mereka tidak dijemput.

4-Eija dalam hantaran di laman sosial Facebook berkongsi sejak hari itu Muhammad Syafiq tidak ditemui dan pakaian terakhirnya ialah baju T lengan panjang rona jingga serta berseluar panjang biru.

Baca juga: #SiBibirMerah: Ahli keluarga hilang cabaran buat wanita, jadikan ia pengajaran

Baca juga:Murung, banyak diam & tidak seceria dulu, hampir sebulan hilang penuntut Diploma Kejururawatan ditemui

5-Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, laporan kehilangan Muhamad Syafiq diterima daripada Eija kira-kira pukul 7 petang, 25 Mac lalu. Ujarnya wanita itu cuba menghubungi nombor telefon bimbit si suami tetapi gagal.

6-Siasatan awal mendapati, lelaki tersebut keluar dari rumah untuk bekerja pada pukul 6.45 pagi di landasan keretapi Batang Melaka-Gemas.

7-Pada hari yang sama, Muhamad Syafiq kali terakhir dilihat di kawasan kedai makan Majlis Daerah di Kampung Baru Air Kuning Selatan.

8-Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan lelaki itu diminta untuk menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin bagi membantu siasatan.

9-Pada 29 April, Amiruddien mendedahkan penemuan bersama sebuah motosikal ditemui dekat sebuah ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelemah, Gemas. Turut dijumpai tali pinggang dan topi keledar.

Baca juga: 'Baliklah, ibu tunggu…” Pemuda hilang sejak 29 Oktober, dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Terengganu

10-Katanya, polis menerima panggilan dari orang awam pada jam 2.10 petang memaklumkan menemui sebuah motosikal jenis Yamaha LC biru dan tengkorak manusia ditemui tidak jauh dari motosikal di ladang kelapa sawit.

11-Polis yang tiba ke lokasi kejadian menjumpai rangka manusia daripada pinggul hingga kaki di dalam parit yang sudah kering dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 warna biru.

12-Turut dijumpai topi keledar dan tali pinggang serta tengkorak manusia. Jarak dari rangka manusia dengan motosikal lebih kurang 15 meter.

13-Rangka berkenaan dihantar ke Bilik Mayat Jabatan Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat dan ujian DNA.

14-Kes disiasat sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca kematian.

15-Sementara itu, isteri Muhammad Syafiq pada 18 Mei berkongsi menerusi laman sosial Facebook bahawa keputusan ujian DNA mengesahkan ia adalah milik suaminya.

16-Pada 20 Mei, media melaporkan polis mengesahkan rangka berkenaan ialah milik Muhammad Syafiq

'Terima kasih jadi suami terbaik' -Eijaa Aziz

Sedih dan pilu menyaksikan cinta hati pergi buat selama-lamanya, Eijaa reda suami yang dinantikan selama yang sudah 56 hari hilang pulang ke pangkuan dalam keadaan tidak bernyawa.

Berkongsi berita duka itu di laman sosial Facebook, beliau meluahkan kesedihan apabila membawa pulang sendiri jasad suami tercinta untuk dikebumikan.

"Tiada apa yang ada di dunia ini milik kita. Reda itu susah, ikhlas itu tidak mudah. Kita hamba milik-NYA.

"Alhamdulillah dengan izin ALLAH dan berikan saya kekuatan untuk bawa balik abang dengan sendirinya. Walaupun saya tidak kuat untuk memandu kereta, tetapi mengenangkan ini sahaja jalan saya boleh berjasa dengan abang saya buat.

"ALLAH izinkan juga untuk saya solat jenazah abang. Itu sahaja yang terakhir saya lakukan untuk abang," titip Eijaa

Peniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran hadiah itu menzahirkan Allahyarham Muhammad Syafiq suami terbaik sepanjang lapan tahun berumahtangga.

"Terima kasih abang kerana menjadi suami terbaik dan ayah  terbaik untuk saya serta anak-anak.

"Terima kasih kepada (saudara dan rakan) yang sudi hadir solat jenazah dan membantu menguruskan arwah suami saya," kongsinya.

Pemergian Allahyarham turut meninggalkan tiga cahaya mata lelaki.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca