JAM tangan sering menjadi tumpuan ramai kerana ia adalah aksesori yang menggambarkan karakter seseorang.

Jam tangan milik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menjadi tumpuan ramai.

Sebelum ini, wujud netizen yang telah mendakwa Naib Presiden PAS itu memakai jam berjenama mewah Rolex.

Perkara tersebut mendapat perhatian Idris dan beliau menyangkal tuduhan itu lalu menjelaskan perkara sebenar.

Dalam perkongsiannya di Facebook, Idris Ahmad menegaskan jam dipakainya berjenama Buruj bukanlah Rolex seperti didakwa.

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ini lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat dan arah kiblat.

“Boleh solat di mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat,” katanya tentang praktikaliti jam milik beliau.

Malah, jam berjenama Buruj yang dipakainya itu berharga tidak sampai RM300 sekali gus.

Baca juga Jam Tangan Celoreng Perdana Menteri Raih Perhatian Ramai, Rupanya Jenama Submarine

Warga maya tertarik dengan pilihan jam tangan beliau yang cukup sederhana bagi seseorang bergelar menteri.

Iklan

“Sebelum jadi Menteri lagi ustaz sudah pakai jam tu.. Saya ada perasan sebelum ni.”

“Confirm lepas ni jam ni laku keras. Nak buat jadikan hadiah pun mcm sesuai sangat ni. Hikmah di sebalik peristiwa.”

“Sangat sederhana, asalkan jam berfungsi dengan baik, tidak perlu mahal.”

Iklan

Idris merupakan seorang senator dan Ahli Dewan Negara sejak 16 Jun 2020 mengangkat sumpah sebagai Menteri pada 30 Ogos lalu.

Beliau adalah antara lima Menteri di Jabatan Perdana Menteri termasuklah Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Tugas-tugas Khas) dan Datuk Seri Mustapa Mohamed (Ekonomi).