BUSANA dihiasi dengan ribuan keping duit syiling membawa tuah kepada Mrs Malaysia World 2022 sehingga tersenarai dalam Malaysia Book of Records.

Mrs Malaysia World 2022, Olivia Nicholas, melakar nama dalam Malaysia Book of Records bakal bersaing dengan wakil lebih 60 negara untuk merebut mahkota Mrs World 2022 di Las Vegas pada 10 hingga 17 Disember ini.

Menurut laporan Bernama, berikut lapan fakta berkaitan;

1. Olivia yang merupakan peguam berusia 30 tahun dari Ipoh, Perak itu yang dinobatkan sebagai Mrs Malaysia World 2022 pada 29 Oktober lalu.

2. Olivia yang berkahwin dengan doktor dan ibu kepada seorang anak memenangi RM10,000 dan dihiasi dengan tiara RM88,000 pada acara yang disertai 17 peserta akhir itu.

3. Dia mencipta rekod negara apabila mengenakan busana kebangsaan yang dihiasi dengan syiling lima sen terbanyak iaitu sebanyak 10,000 keping.

4. Busana itu akan dipakainya pada pertandingan Mrs World 2022 pada 17 Disember.

Baca juga Pernah digelar ratu sampah, ini kisah Miss Universe Thailand 2022, Anna Sueangam-iam

Kredit foto: Bernama

5. Olivia menggayakan pakaian itu, yang menggabungkan elemen tradisional Sabah dan Sarawak serta mencipta sejarah dalam pertandingan ratu cantik Malaysia apabila dia muncul sebagai Ratu ‘Destar Siga’ pada majlis itu yang turut disaksikan oleh wakil daripada Malaysia Book of Records.

6. Syiling lima sen itu mempunyai motif kain ‘Destar Siga’ iaitu kain tenunan bentuk asli yang berasal daripada masyarakat Kadazan Dusun di Sabah dan digunakan sebagai hiasan kepala semasa upacara tradisional.

Iklan

Baca juga Pecah tradisi dunia, Khadija Omar wanita berhijab pertama sertai Miss World

7. Pengarah Kebangsaan Mrs World Sdn Bhd, Datin Harveen Kaur berkata, kostum itu direka oleh pereka dari Sarawak, Saran Anak Lagong.

8. Katanya, Olivia akan bersaing dengan wakil dari lebih 60 negara untuk merebut mahkota Mrs World 2022 yang ditemani suaminya, Dr Sandeep Menon.

Iklan

Sumber: Bernama, Instagram Olivia Nicholas

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.