SEMALAM tular di media sosial rakaman video memaparkan sekumpulan remaja perempuan bergaduh di kawasan tangga perumahan pangsapuri di Kelana Jaya, Selangor.

Menerusi perkongsian pengguna Twitter dikenali @4shrf, remaja tersebut dikatakan membuat live di media sosial masing-masing ketika insiden pergaduhan itu berlaku.

Difahamkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipukul rakan sekolah gara-gara cemburu melibatkan hubungan abang angkat.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan akibat kejadian tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, arahan untuk menjalankan siasatan telah diperoleh daripada timbalan pendakwa raya.

kanak-kanak bergaduh

Kesemua suspek yang terlibat telah dikenalpasti untuk siasatan lanjut.

Iklan

“Pengadu membuat laporan polis pada jam 9.26 malam berhubung kejadian dipukul seorang kanak-kanak perempuan warga tempatan berusia dalam lingkungan 12 hingga 13 tahun yang juga merupakan rakan sekolahnya.

Baca juga #SiBibirMerah: Niat uncle membantu, tapi dibelasah. Bimbang masyarakat fobia berbuat baik

Iklan

“Hasil siasatan awal mendapati semasa kejadian terdapat rakan suspek merakamkan perbuatan suspek lalu menularkannya kepada beberapa kumpulan WhatsApp dan laman Instagram milik suspek terbabit,”
katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa pihak polis menasihatkan masyarakat supaya menghentikan penularan rakaman video tersebut memandangkan kes masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.