Cermin mata tusuk kepala anak, ibu kongsi kejadian sebenar

Cermin mata tusuk kepala anak, ibu kongsi kejadian sebenar
Cermin mata tusuk kepala anak, ibu kongsi kejadian sebenar
A
A
A

MALANG tidak berbau! Begitulah ibarat apa yang terjadi kepada seorang ibu muda di Terengganu

ini.

Menerusi perkongsiannya di Facebook Nurull Diyanah, satu kejadian ngeri terjadi kepada anak lelakinya.

Katanya, pada mulanya, anaknya yang dipanggil Fateh itu terjatuh dari katil lalu kepala ditusuk cermin mata.

"Tragedi subuh... pukul 6 pagi, Fateh terjatuh dari katil terus tertusuk cermin mata umi.

"Biasanya umi tidur letak cermin mata di tepi bantal. Entah macam mana Fateh terjatuh dari katil dan ketika saya tersedar, cermin mata itu sudah tertusuk di kepala Fateh.

"Pada mulanya nak cuba mencabut sendiri namun gagal kerana ia tertusuk ketat di kepala.

Baca juga Bapa Anas kongsi foto jarum beserta darah, rayu hentikan santau?

"Kami terus membawa ke Klinik Kesihatan Paka, namun digesa terus ke hospital di Kuala Terengganu.

"Besi cermin mata tu pendek sahaja, tapi ia menusuk sehingga tembus tengkorak kepala Fateh.

"Mahu atau tidak, perlu dibedah juga kerana risau ada kecederaan bawah tengkorak," tulisnya.

Difahamkan, Fateh menjalani pembedahan untuk mengeluarkan cermin mata itu dari kepalanya.

Namun setelah menjalani rawatan di hospital, keesokan harinya Fateh kembali cergas seperti

sedia kala.

"Alhamdulillah... Fateh ok je pagi ni bertambah baik dan aktif macam biasa," tulisnya dalam posting berbeza.

Nurull Diyanah turut berpesan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menyimpan

atau memilih jenis cermin mata agar kejadian yang menimpa anaknya itu tidak berulang lagi.

"Lepas ini pemilihan cermin mata pun kena berhati-hati selain sentiasa simpan di tempat selamat.

"Nampak seperti benda simple je, tak terlintas boleh mendatangkan bahaya," pesannya.

Semoga adik Fateh kembali sembuh dan boleh memberi pengajaran kepada kita semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca