‘Chup’ parkir seolah tinggal di kondominium, warga maya kecewa sikap pentingkan diri penduduk PPR
PERIHAL tempat letak kereta di kawasan perumahan boleh mencetuskan pertelingkahan khususnya bagi penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perumahan awam.
Fenomena biasa yang perlu diharungi kebanyakan penduduk kawasan terbabit berikutan kemudahan parkir kenderaan yang terhad.
Pendek kata, penduduk perlu berebut setiap hari untuk mendapatkan ruang meletak kenderaan setiap kali tiba di kediaman. Jumlah petak parkir yang tidak setara dengan jumlah kenderaan menyebabkan ada terpaksa yang parkir berlapis hingga menghalang laluan.
Baca juga: [VIDEO] Cermin sisi, 'wiper' dipatahkan, aksi wanita rosakkan kereta ‘double-park’ tular
Masalah lebih parah apabila ditambah dengan sikap mementingkan diri sendiri dengan menanda atau ‘chup’ petak parkir untuk kenderaan masing-masing.
Perkara itu diketengahkan pengguna Twitter, ">@syaamil telah berkongsi dua keping gambar ruang parkir kereta kawasan PPR ditanda individu tertentu dengan meletakkan kon, penghadang jalan dan botol berisi air.
Perkongsian berkenaan turut dipersetujui warga maya lain. Rata-rata kesal dengan tindakan segelintir penduduk yang mementingkan diri sendiri.
Malah ramai yang turut bersetuju renovasi kediaman penduduk di tingkat bawah sehingga ke ruang parkir menyebabkan ruang meletak kenderaan bertambah terhad.
“Belum tengok Flat Puchong Permai lagi, parking belakang rumah terus pacak bumbung buat anjung ibarat rumah kampung. Dahlah ambil dua lot parking. Bukan satu atau dua rumah buat tetapi semua rumah tingkat bawah mesti tarik bumbung buat anjung.”
Warga maya rata-rata mengatakan perkara itu sering terjadi di kawasan PPR. Biarpun sudah dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ia tetap berlaku seolah-olah tiada penyelesaian.
-“Jenis pangsapuri parking open ni, memang tak boleh buat chup macam ni pakai kon, motor bagai sebenarnya. Tapi selagi ada perangai begini, panggil pihak berkuasa pun masih berlaku lagi.”
-“Ni area flat rumah aku. Selain kon warna jingga, ada yang ‘chup’ parking guna motor. Malas nak layan tapi sakit hati sebab satu rumah tapi parking nak banyak. Kesian orang sekeliling.”
-“Lepas ni kerajaan boleh tambah bajet. Kalau nak buat PPR, biar tiga atau empat tingkat bawah untuk parking lot. Kemudian baru rumah di atasnya. Untuk kawasan yang kurang tanah. Takkan buat rumah je tapi tak fikir tentang tempat letak kenderaan.”
-“Jenis orang begini, kalau kita alih kon dia, habis dicalarnya kereta kita. Nanti keluarlah ayat "aku dah duduk sini lebih 20 tahun dah", "aku orang lama sini".
Tidak hanya itu, ada yang berkongsi pernah menjadi mangsa perbuatan vandalisme apabila parkir di petak yang telah ditanda. Kenderaan dicalarkan, diletakkan sampah dan diberikan amaran.
-“Dulu arwah Atuk aku buang kon then parking kat situ. Esok pagi tengok kena calar pastu side mirror patah. Siap tulis "jangan park sini" kat bonet depan.”
-“Kena calar pernah, kena letak sampah pernah. Kadang kadang dia letak je kon atas kereta kita.”
-“Dulu aku pernah sewa Flat Taman Sinaran dekat Balakong. Alih kon, park kat situ. Esoknya tayar pancit, kereta kena calar, dan lain-lain lagi.”
Diharapkan pihak yang berwajib dan pengurusan PPR mengambil tindakan segera berhubung isu ini.
Baca juga: Pemandu lori diserang sakit jantung ketika memandu, soalan pertama perakam video mengguris perasaan
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang