MEMILIKI rupa seiras Neelofa membuatkan adik Naura begitu dikenali.
Adik Naura atau nama sebenarnya Che Naura Auni pernah menjadi sebutan ramai sehingakan dia dibawa ke rancangan Meletop bersama Neelofa sendiri.
Terkini, adik Naura yang comel itu tampil menerusi sebuah muzik video parodi nyanyian asal Nabila Razali bersama MK K-Clique berjudul Peluang Kedua.
Kanak-kanak yang dikenali Lofa Junior itu bersama seorang lagi pelakon cilik yang juga sepupunya, Adam Ghadafi melakonkan kembali watak penyanyi asal video berkenaan. Lakonan mereka ini begitu mengagumkan.
Video berdurasi 4 minit 53 saat itu kini telah mencecah 505,784 views sejak dilancarkan pada tiga hari lalu.
Artikel berkaitan: Mira Filzah teruskan kerjaya, sedia timang cahaya mata
Ramai yang memuji keletah pelakon cilik itu terutamanya adik Naura yang dilihat begitu santai beraksi.
Reaksi penonton rata-ratanya terhibur dengan parodi tersebut. Lagi membuat netizen tersentuh, aksi sedih di penghujung video tersebut sangat menjadi!
Lakonan adik Naura dan Adam itu mendapat banyak pujian daripada peminat dan antara komen mereka:
ALLIFF HARIMAU MALAYA ALIFF – Tak masalahnya part last tu nelofa nangis sweet sangat hahahaha
mohdzairimaiden mohdzairimaiden – Comel nye adik ne… Terbaek lah video ne.. He3
jatey swag – wehhh comel sangatt nak nanges tengokk
Afiq Firdaus Aladin – Haha dekah siak, MK tak siap. Dik Naura kiut habis hahaha. Talented dan awesome parody. Betul-betul luar kotak dan so much effort! 👍🔥
Nuraini Abdul halim – Akak lari bucu katil dulu kiut sgt nih
Andi Azwin Haris – Alahaiii aku gelak2 tngok x leh go lah. Cute sngt🤣❤❤❤❤
NiNi SenrOse – Ntah kenapa Mv drg ne yg buat aku menangis , comel sangatDayang Nursyalifadatul akma – Bersemut pulk hpn aku
Apapun, SinarPlus doakan semoga adik Naura akan menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti.