Covid-19: Pengusaha terpaksa sembelih 20,000 burung puyuh, elak rugi

September 25, 2020
Oleh Meen

PENULARAN pandemik Covid-19 yang menjejaskan pendapatan banyak pihak termasuk golongan pengusaha burung puyuh memaksa mereka mencari ‘jalan keluar’ bagi memastikan perniagaan terus terselamat dan tidak menanggung kerugian.

Seperti pengusaha puyuh penelur, Abdul Khairan Firdaus Abdul Rahim, 38, berkata, beliau mengambil keputusan menghasilkan produk serunding berasaskan haiwan ternakan itu berikutan jualan telur puyuh merudum akibat Covid-19.

Ternakan burung puyuh miliknya di Kampung Tirok Gual Ipoh, Tanah Merak, Kelantan, yang kini berjumlah 3,000 ekor dapat menghasilkan sebanyak 15,000 biji telur sehari untuk pasaran tempatan.

"Saya terpaksa menyembelih hampir 20,000 burung puyuh ternakan saya, ia menghasilkan 5,000 kilogram (kg) daging puyuh, kemudian saya berjumpa kenalan di Tumpat yang mempunyai syarikat menghasilkan produk serunding untuk mendapat kerjasama menghasilkan serunding puyuh,” katanya.

Abdul Khairan berkata, daripada 5,000kg daging puyuh yang disembelih itu, ia dapat menghasilkan sebanyak 500kg serunding puyuh.

Iklan

Artikel berkaitan: [VIDEO] KTMB buat temu duga terbuka, tak sangka ramai datang IKM Lumut

Iklan

Beliau yang mengusahakan ternakan burung puyuh sejak 2015 berkata, kini secara purata sebanyak 500 kg serunding puyuh seminggu dapat dihasilkan dan mampu meraih hasil jualan mencecah kira-kira RM40,000 sebulan.

Abdul Khairan yang turut mendapat bimbingan keusahawanan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang  Kawasan Tanah Merah, memasarkan serunding tersebut secara runcit dan borong di pasaran tempatan dan berhasrat mengembangkan jualan ke luar negara.

"Saya turut memasarkannya secara dalam talian dan menggunakan ejen yang kini ada seramai 64 orang seluruh negara," kata bapa kepada dua anak itu yang turut mempunyai ejen jualan di Singapura.

- BERNAMA

About Meen

Biodata Penulis