MENYEDARI ramai terkesan dengan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat di negara kita, banyak pihak menghulurkan bantuan.

Tidak terkecuali, senator Ras Adiba Radzi yang turut tampil membantu mereka yang memerlukan.

Personaliti televisyen itu turun menghulurkan bantuan di kawasan PPR Pinggiran Bukit Jalil semalam.

Kongsinya di laman Twitter, ramai warga emas yang tidak mempunyai makanan.

“Ramai warga tua tidak ada makanan, apatah lagi untuk memasak.

“Barang keperluan mereka kosong, kekuatan mereka habis tetapi mereka menyambut saya dengan senyuman,” tulisnya.

Kata Ras Adiba lagi, ini tanggungjawab kita… beri kekuatan, meniup semangat dan saling menyokong antara kita.

Iklan

“Susah senang kita bersama dan kali ini, kitakan lalui serta harunginya walaupun sekuat mana Covid-19 melanda.

“Jaga diri semua, bertabah dan ukirlah senyuman walau apapun yang menimpa kerana kitakan ada kita,” pesan beliau.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Frontliner tunjuk peluh, lencun macam mandi hujan buka PPE

Kongsinya juga, setiap kali menghantar barangan yang orang ramai derma, tiap itulah air matanya tumpah.

Iklan

“Kita mungkin tinggal di kota, namun jelas, ramai yang berada di bawah paras kemiskinan dan sukar untuk menampung kehidupan seharian.

“Semoga Yang Esa memberikan kita semua kekuatan, untuk melalui semua ini, semoga kita terus tabah,” ujarnya.