Cuba campak anak dalam longkang, ibu enam anak didenda RM12,000, 12 info berkaitan

IBU enam anak didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuba mencampakkan anaknya yang berusia setahun ke dalam longkang tahun lalu.

Tertuduh, Sharifah Norain Mohd Zali, 33, membuat pengakuan itu sejurus dua pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya, di depan hakim Mohd Sabri Ismail.

Menurut portal tempatan, berikut lima fakta berkaitan;

1. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak perempuan didapati telah menyebabkan penama mungkin mengalami kecederaan fizikal apabila cuba mencampakkannya ke dalam longkang.

2. Bagi pertuduhan pindaan kedua, tertuduh didakwa telah mendedahkan penama kepada kecederaan dengan cara dia yang memegang penama melompat dari motosikal ke atas jalan raya bersama-samanya.

Baca juga Anak lemas musim banjir, 4 langkah ini boleh selamatkan nyawa, pentingnya tahu CPR

3. Kedua-dua perbuatan itu dilakukan antara pukul 8.40 malam hingga 9.40 malam di Jalan Pandan, Taman Pandan Maju dalam daerah Melaka Tengah pada 13 Julai 2021.

4. Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama.

5. Sebagai tambahan hukuman jika disabitkan hendaklah menyempurnakan bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh dengan apa-apa syarat yang difikirkan perlu oleh mahkamah.

6. Mengikut fakta kes, pada hari kejadian telah berlaku pergaduhan antara tertuduh dengan ibu saudaranya.

6. Tidak lama kemudian wanita itu menerima panggilan daripada sepupu tertuduh memaklumkan ternampak wanita muda itu cuba membaling anaknya berusia lingkungan satu tahun ke dalam sungai di Jambatan Panglima Awang.

7. Sepasukan ‘task force’ telah datang ke lokasi untuk memberikan bantuan, namun tertuduh telah melarikan diri ke Jalan Pandan sekitar pukul 9 malam.

Iklan

8. Tertuduh berjaya dikesan dan ketika didekati polis, tertuduh menjerit ‘korang jangan dekat, kalau korang dekat aku campak budak ni ke dalam longkang’ sambil tangannya menggantung anaknya dan cuba melepaskannya ke dalam longkang.

9. Terdahulu, tertuduh yang diwakili Peguam Goh Chin Han merayu agar hukuman ringan diberikan dengan alasan ketika kejadian tertuduh yang perlu menjaga enam anak mengalami kemurungan kerana tidak mendapat sebarang pekerjaan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baca juga Perlukah suplemen untuk anak-anak? Ibu wajib kena tahu ini

10. Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal bagaimanapun memohon hukuman berat diberikan dengan hujah tertuduh tidak sepatutnya mengambil jalan mudah dengan menjadikan kemurungan sebagai alasan kerana telahpun mempunyai pengalaman menjaga lima anaknya yang lain.

11. Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, Mohd Sabri menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM6,000 bagi setiap pertuduhan atau tiga tahun penjara jika gagal bayar.

Iklan

12. Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan bon berkelakuan baik sebanyak RM5,000 tanpa cagaran selama dua tahun.

Anak-anak anugerah ALLAH yang tidak ternilai, didiklah sebaiknya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.