‘Saya gembira telah selesai...” - Kes dadah, Farid Kamil didenda RM5,000, terlepas hukuman penjara, 10 info berkaitan
PELAKON dan pengarah, Farid Kamil Zahari, 41, terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas.
Video yang memaparkan pelakon itu hadir bersama isterinya, pelakon Diana Danielle dan adik, Fadzil di mahkamah dikongsikan di laman sosial.
Perkongsian agensi berita ke laman sosial menimbulkan pelbagai reaksi warga maya.
- “Alhamdulillah, semoga selepas ini dijauhkan dari segala kesusahan, aamin.”
- “Alhamdulillah, Farid bertuah ada adik yang sentiasa adik di sisi beliau.”
Farid Kamil ketika ditemui pemberita selepas membayar denda menzahirkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah yang disifatkan terbaik untuk dirinya.
Baca juga: Farid Kamil jatuh hukum penjara 13 bulan, ini kronologinya
“Saya gembira kerana kes ini telah selesai di peringkat rayuan dan kini saya boleh fokus terhadap penggambaran filem seterusnya berjudul Anwar yang kini berada di peringkat akhir serta bakal ditayangkan pada Februari 2023,” katanya yang turut berterima kasih kepada barisan peguam mewakilinya.
Farid Kamil diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Kee Wei Lon dan Low Wei Lake manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang.
Baca juga: Pahang tarik semula gelaran Datuk terhadap Farid Kamil, Boy Iman
Berikut 10 fakta berkaitan kes tersebut:
1-Keputusan kes pelakon Lagenda Budak Setan itu diputuskan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said selepas membenarkan rayuan akhir Farid Kamil, 41, selaku perayu bagi mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2019.
2-Bagaimanapun, Hakim Kamaludin mengekalkan dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terhadap pelakon itu dan memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda sebanyak RM5,000.
3-Pelakon filem Remp-It 2 itu membayar denda berkenaan.
3-Kamaludin dalam keputusan sebulat suara berkata mahkamah bersetuju dengan peguam perayu bahawa Mahkamah Majistret tidak konsisten dalam membuat pertimbangan ketika menjatuhkan hukuman terhadap Farid Kamil.
4-Hakim itu berkata tiada satu penjelasan konkrit yang boleh menyatakan bahawa hukuman tersebut setimpal dengan kesalahan dilakukan pada masa itu dan tiada aspek pemberatan contohnya tiada kesalahan lampau atau sebagainya.
Baca juga: Dua dekad dalam industri, Farid Kamil impi cukupkan 100 filemografi
5-”Ini kerana kes-kes mahkamah menunjukkan sama ada untuk menjatuhkan hukuman penjara dan denda, mahkamah bergantung kepada fakta kes itu. Dalam kes ini, kami dapati faktanya adalah jelas dan tidak menjurus kepada kesalahan terlalu serius atau berat.
6-”Oleh itu, mahkamah bersetuju dengan hujah peguam perayu dan memutuskan bahawa hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan Mahkamah Majistret dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi, diketepikan serta diganti dengan hukuman denda RM5,000. Dua tahun pengawasan di bawah AADK dikekalkan.” kata hakim itu.
7-Turut bersidang Hakim Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk See Mee Chun.
8-Pada 15 Mei 2019, Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Farid Kamil bersalah kerana menggunakan dadah dikenali sebagai THC, iaitu '11-nor-delta-9-tetrahydrocannabino1-9-carboxylic acid'.
8-Dia dituduh melakukan kesalahan di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pukul 4.30 petang, 11 Jan 2018.
10-Hukuman berkenaan dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada November 2019.
Farid mendirikan rumah tangga dengan Diana pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 9, dan Aurora, 6.
Baca juga: Angkara dadah! Leher ibu tiri putus ditetak anak, ini kejadiannya
Sumber: BERNAMA
Foto: " target="_blank" rel="noopener">Bernama, Instagram Fadzil Zahri
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang