Cukup seminggu kelahiran kembar sepasang, akhirnya Eusoff dan Emelia jadi pilihan

Cukup seminggu kelahiran kembar sepasang, akhirnya Eusoff dan Emelia jadi pilihan
Cukup seminggu kelahiran kembar sepasang, akhirnya Eusoff dan Emelia jadi pilihan
A
A
A

HARI ini genap seminggu usia bayi kembar pasangan bahagia angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Datin Dr Halina Mohd Yunos.

Sehubungan itu, Dr Sheikh Muszaphar hari ini mengumumkan pilihan nama buat kedua bayi comel itu melalui perkongsian di Instagram miliknya.

"Nama yang diberikan untuk kembar kami adalah Eusoff dan Emelia.

"Kami memutuskan untuk memilih E & E iaitu untuk Enchanting, Excitement, Empathetic, Ebullient, Effervescent, Efficacious, Embellish, Emancipate, Endearing dan Enrapture.

"Mungkin akan menjadi Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia seperti anak-anak kami yang lain iaitu Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff, Sophea Isabella, Sophea Natasha dan Sophea Emelia," tulisnya.

Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar juga ada memohon cadangan daripada pengikutnya untuk memberikan nama yang mempunyai pangkal abjad yang sama.

"Terima kasih kepada semua kerana membimbing kami dengan nama yang indah," ujarnya.

Beliau turut berkongsi sekeping foto bayi tersebut yang kini telah mendapat lebih 100 ribu tanda suka.

Artikel berkaitan: [VIDEO]Alahai comelnya 4 beradik tunggu adik kembar balik di muka pintu

Artikel berkaitan: [VIDEO]’Freshly Out’- Dr Sheikh Muszaphar kongsi video bayi kembar sepasang

Artikel berkaitan: Isteri Dr Sheikh Muszaphar selamat bersalin anak kembar lelaki dan perempuan

Jumaat lalu, Dr Sheikh Muszaphar dan isteri telah menerima kelahiran anak kembar buat kali kedua. Bayi kembar berkenaan masing-masing dilahirkan selang seminit iaitu pada jam 9.47 pagi (lelaki, 2.26 kg) dan 9.48 pagi (perempuan, 2.17 kg)di Pusat Perubatan Sunway.

Dr Sheikh Muszaphar, 48 tahun, dan Dr Halina, 39 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka sudah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9 tahun, Sophea Natasha, 7 tahun, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca