TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa  tahu. Demikianlah peribahasa yang menyatakan kejayaan Danesh Raj Nagarajan menjawat Ahli Lembaga Pengarah universiti nombor satu Malaysia, Universiti Malaya.

Anak muda berusia 26 tahun itu diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab berkenaan bermula 4 Oktober hingga 3 Oktober 2024.

“Syukur saya diberi kepercayaan dan amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya.

“Varsiti ini dan warganya telah menjadikan saya seorang manusia yang berguna! Sudah tentu UM dan tradisinya mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya.

“Dengan kudrat yang ada saya akan lakukan tugas semak dan imbang tanpa kompromi demi masa depan sahabat mahasiswa, alumni serta varsiti kesayanganku,” titip Danesh di Facebook.

Baca juga: Gigih Delivery 12 Jam Sehari, Siapkan Tesis, Rider Akhirnya Bergelar Doktor, Raih PhD

Baca juga: Dhabitah kini pelajar UKM, pilih Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media

Danesh juga merupakan graduan Pusat Kebudayaan Universiti Malaya dan Ahli Parlimen Belia Malaysia.

Bagaimanapun, pelantikan Danesh disanggah Pergerakan Wiranita Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyifatkan pelantikan anak muda, Danesh Raj Nagarajan sebagai Ahli Lembaga Pengarah universiti tertua Malaysia itu sebagai suatu yang mengejutkan.

Iklan

Ketuanya, Ros Hanita Mohd Basir berkata, pelantikan ahli Putera MIC dan juga graduan Pusat Kebudayaan UM dalam bidang seni tari itu sangat tidak tepat.

Namun Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pelantikan Danesh adalah melalui saluran betul iaitu bagi mewakili komposisi alumni institut pengajian tinggi berkenaan.

Pelantikan adalah berdasarkan penglibatan aktif beliau dalam program dan aktiviti pelajar sepanjang bergelar mahasiswa.

Iklan

Menurut laman web rasmi UM, sehingga kini terdapat 10 Ahli Lembaga Pengarah termasuk Pengerusi di universiti berkenaan.

Antaranya ialah YM Tengku Datuk Dr. Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim selaku Pengerusi, dikuti dengan Professor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Ar. Saifuddin Ahmad, Tan Sri Zarinah Anwar, Datuk Rosnah Hj. Abd Rashid Shirlin, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Tan Sri Dato’ Dr. R. Palan, Tan Sri Abd Rahim Mohamad, Danesh Raj Nagarajan dan Professor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman selaku Pemangku Pendaftar atau Setiausaha.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebook Danesh Raj Nagarajan, Universiti Malaya