Darah 'ganjil' Rh17 pemilik lelaki Sarawak diterbangkan ke Johor

Darah 'ganjil' Rh17 pemilik lelaki Sarawak diterbangkan ke Johor
Darah 'ganjil' Rh17 pemilik lelaki Sarawak diterbangkan ke Johor
A
A
A

BIASANYA yang kita dengar kumpulan darah terdiri daripada jenis A, B, AB, dan 0.

Namun, korang tahu tak, sebenarnya ada satu lagi kumpulan darah yang sangat jarang ditemui iaitu jenis Rh17.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Blood Bank Hospital Umum Sarawak, darah jenis Rh17 adalah antara kumpulan darah yang jarang ditemui atau mempunyai darah yang ganjil.

Menurutnya, darah jenis Rh17 jarang ditemui dalam kalangan penduduk di negara ini, namun di Sarawak darah

jenis ini dimiliki pada sebahagian kecil pada etnik Bidayuh.

"Semalam (kelmarin) darah Encik Pehan Anak Majis telah di hantar ke Johor Bahru bagi kegunaan pesakit ibu mengandung yang akan menjalani pembedahan ‘caeser’ miliki darah jenis yang sama, Rh17.

"Darah ini dihantar ke Johor transit di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) kemudiannya awal pagi terus ke Johor Bahru," katanya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Derma darah ketika PKP dibenarkan, ini caranya

Menurut posting itu lagi, individu yang memiliki kumpulan darah ganjil hanya boleh menerima darah dari

kumpulan penderma darah yang sama sahaja.

Baca juga “Saya Tak Kuat Dah!”- Lelaki Hilang Ibu, Abang Kini Kakak Pula Koma

"Ini kerana jika mereka menerima darah daripada kumpulan penderma yang berbeza ia boleh mengakibatkan reaksi darah akut yang boleh membahayakan nyawa pesakit tersebut.

"Kita doakan pesakit selamat melahirkan anak dengan selamat," ujarnya.

Sumber: Facebook Blood Bank Hospital Umum Sarawak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca