Dari penulis ke uli tepung, Aisamurni tak menyesal tinggalkan kerjaya demi minat

GEMAR menikmati kuih-muih Melayu tradisional, akhirnya memberi idea kepada pemilik Aisa’s Frozen Houz untuk membuka bisnes sendiri.

Sementelah kata Aisamurni Suparman, sukar untuk mendapatkan kuih yang memenuhi cita rasanya sendiri.

Lantaran itu, cuba membuatnya sendiri. Sehingga kini, terdapat lebih kurang 20 jenis kuih. Namun, yang paling popular koci labu, sardin roll, karipap, popia carbonara, ketayap, apam solo dan apam beras ombre.

kuih

 

“Waktu itu saya masih bergelar wartawan namun disebabkan minat memasak membuatkan timbul idea untuk hasilkan kuih frozen. Kuih pertama yang saya hasilkan adalah Risoles.

“Memang laku keras sampai tak menang tangan. Waktu tu balik kerja terus siapkan tempahan sampai tak cukup tidur. Namun, disebabkan harga bahan mentah ketika itu naik melambung, saya terpaksa tukar strategi. Saya buat pula kuih lain yang modalnya rendah, lebih mudah dan senang nak jual,” kongsi anak kedua dari lima beradik itu.

Pemilik ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Media, UiTM itu tidak menyangka bermula dari minat dan suka makan akhirnya menjadi sumber pendapatan sampingan. Kini, bisnes tersebut menjana pendapatan utama selepas beliau berhenti kerja.

Baca ni Tandas kakak Datuk Aliff Syukri terus jadi next level, lepas tandas cangkung zaman kanak-kanaknya penuh dengan tikus

kuih

“Sebenarnya saya tak pernah membuat sebarang promosi kuih muih tersebut. Kebanyakan pelanggan saya bagi maklum balas tanpa diminta. Kiranya promosi mulut ke mulut membuatkan ramai yang tahu sehingga kini.

“Alhamdulillah dengan adanya media sosial kini banyak membantu mempromosikan produk saya secara tak langsung. Selain itu, artis dan selebriti yang mengenali saya pun tak kurang juga yang membantu,” jelas Aisa sambil memberitahu semua pelanggan yang pertama kali membeli pasti akan menjadi pelanggan tetap dan itulah cara halus beliau mempromosikan kuihnya.

Baca ni ‘Waktu kecil muka mak, bila besar muka ayah.’ Mat Dan kongsi wajah anak-anak. Comelnya muka mat saleh sangat!

Tak kedekut bahan
Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga tidak meletakkan limit dalam bisnes tersebut.

“Bagi saya selagi ada permintaan selagi itulah saya akan terus buat. Lagipun ini antara minat saya sejak dahulu lagi. Soal persaingan, pada saya di mana-mana pun ada. Cuma saya percaya, kalau kita ikhlas dan sabar buat apa pun pasti ada ganjarannya.

“Resipi saya, masak dan buat kuih macam mana kita makan di rumah. Begitu jugalah saya buat untuk jualan. Saya juga tak kedekut bahan-bahan untuk buat kuih atau makanan sebab bila orang beli, saya mahu mereka rasa macam makan di rumah,” ujar wanita berusia 44 tahun itu lagi.

Baca ni ‘Misi cipta hadiah bermakna.’ 21 tahun pengalaman, Pods & Petals Giftlab ‘otai’ dalam gubahan bunga dan hamper

Iklan

kuih

Anak kelahiran Negeri Sembilan itu turut melahirkan rasa syukur dan terharu dengan sokongan yang diberikan suami khususnya yang banyak menyumbang tenaga dan juga modal.

“Selain suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain menjadi pendorong semangat buat saya. Idola saya dalam bidang ni ialah Zuraini Mamat yang merupakan usahawan dan pemilik Rumahkuehkakzu. Kejayaan beliau sentiasa jadi pembakar semangat saya.

“Sepanjang dalam bisnes ini, kenangan paling manis adalah ketika bercuti ke Amerika Syarikat tahun lalu. Bayangkan, saya dapat jual kuih di sana yang mana saya hasilkan semua di sana termasuklah beli barang sehingga bab membuat kuih. Alhamdulillah, hasil jualan dapat cover duit tiket penerbangan,” dedah Aisa dengan penuh keterujaan.

Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

kuih

Iklan

Sempat juga beliau berkongsi kisah kenapa memilih untuk berhenti kerja.

“Selepas syarikat tempat bekerja menutup operasi, saya antara pekerja yang terpaksa berhenti. Pun demikian saya tidak pernah menyesal tinggalkan dunia kewartawanan dan memberi sepenuh perhatian pada bisnes yang diceburi kini.

“Kalau diikutkan, dihujung perkhidmatan sebagai wartawan pun saya sudah ada plan untuk meneruskan bisnes sepenuh masa. Alhamdulillah lepas bersara dari dunia kewartawanan dan melahirkan anak bongsu bisnes semakin berkembang maju,” ungkap Aisa lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!