Daripada tak reti nak buat, bekas kerani ini masuk kelas kemahiran dan terus jadi tauke kek. Ini rahsianya

A
A
A

PADA mulanya hanya suka-suka untuk mengisi masa lapang, namun siapa sangka rezeki buat kek, pastri dan roti mampu menjana pendapatan lumayan buat Mazliana Mohein yang juga pengasas Briliant Chocolate and Bakery.

Kelas jangka pendek yang disertai sejak tahun 2007 bersama agensi kerajaan dan persendirian menjadi titik mula kejayaan ibu anak empat itu.

Menurut Mazliana, pada awalnya, beliau sendiri tidak minat untuk berniaga secara serius selepas mempelajari teknik membuat segala macam kek, pastri dan lain-lain.

"Masa itu, saya masih ibu tunggal dan hanya fikir nak sibukkan diri buat sesuatu yang bermanfaat pada masa lapang.

kek pastri mazliana

"Tak pernah terfikir pun semua kelas yang saya ikuti ini menjadi pendapatan utama satu hari nanti. Mana tidaknya, nak buat kek pun tak pandai, apatah lagi desert lain," ceritanya yang menetap di Kampung Sungai Lang Baru, Banting, Selangor.

Pun begitu, kegigihan mengejar ilmu kemahiran yang diperoleh membuatkan bekas kerani itu nekad untuk mengorak langkah seterusnya.

"Saya fokus kepada coklat pralin yang lebih mudah. Bila buat banyak-banyak, saya cuba hantar ke kedai berhampiran dan tak sangka, sambutan memuaskan," katanya.

kek pastri mazliana

Ujar Mazliana, menerima wang jualan coklat pralin bernilai RM3,000 buat pertama kalinya membuatkan beliau terperanjat besar.

Mana tidaknya, keuntungan itu melebihi gaji bulanan sebagai kerani!

"Saya macam tak percaya bila dapat duit sebanyak itu untuk sekali jualan. Rasa seronok itu sukar untuk digambarkan.

kek pastri mazliana

kek pastri mazliana

"Bulan puasa memang banyak orang tempah. Sejak dari itu, saya bersemangat untuk terus menjual sampaikan sanggup berhenti kerja pada tahun 2010," ujarnya.

ONE STOP CENTRE

Selepas coklat pralin, anak jati Banting itu kemudiannya mempelbagaikan produk jualan untuk pelanggan.

Setakat ini, sudah hampir 30 jenis kek, pastri dan roti selain 30 jenis kuih raya pada harga berpatutan dijual untuk pasaran setempat.

kek pastri mazliana

kek pastri mazliana

Kata usahawan tersebut, premis Briliant Chocolate and Bakery yang dibuka sejak tahun 2010 menjadi one stop centre buat peminat manisan.

Bercakap mengenai sambutan sepanjang Ramadan pada tahun ini, wanita gigih itu bersyukur apabila tempahan cukup memberangsangkan.

Baca juga ‘Tiada istilah mahu kaya sendiri.’ Bina empayar Beautyspells, Sis Bell tidak lokek kongsi rezeki

"Alhamdulillah, memang tak cukup tangan dibuatnya nak penuhi semua permintaan tapi saya akan berusaha sebaiknya untuk menyediakan makanan yang enak buat mereka.

kek pastri mazliana

"Paling laris, kuih raya seperti chocolate chip, semperit, sarang semut, baby macaroon, nestum crunch, rainbow cookies, cheese tart dan banyak lagi," ungkapnya penuh semangat.

Bagi mempelbagaikan servis, Mazliana yang dibantu tujuh pekerja juga menyediakan perkhidmatan suprise bouquet dengan pelbagai pilihan pakej.

Baca juga Fatin tak bersandarkan kekayaan famili, berhempas pulas perah otak popularkan jenama Origina

Sebelum penutup perbualan, pemilik akaun instagram @briliantchoc itu menitipkan kata-kata semangat kepada para wanita khususnya ibu tunggal di luar sana.

kek pastri mazliana

"Saya pernah bergelar ibu tunggal satu ketika dahulu dan percayalah selagi kita rajin berusaha, kita mampu ubah masa depan.

"Paling penting, kena rajin, jangan putus asa dan kuat semangat untuk belajar sesuatu yang boleh menjana pendapatan sendiri," nasihatnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca