PENAMPILAN pertama Sultanah Nur Diana Petra Abdullah raih perhatian warganet selepas dimahsyurkan 2 Ogos lalu.

Foto-foto Sultanah Kelantan berkenan menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) yang diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan dikongsikan laman sosial Facebook rasmi Unit Media Pejabat Sultan Kelantan.

Rombongan diketuai Presiden Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz dan beberapa ahli pertubuhan yang lain.

Baca juga: “Tenang air muka, cantik macam bonda.”- Wajah terkini Puteri Ameerah raih perhatian, dipuji persis ibunya, Azrinaz!

Turut sama hadir menyambut baginda ialah Datuk Sri Raja Rezza Shah (Tengku Sri Kelana D’Raja Kelantan), Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa) dan pegawai-pegawai Istana Kelantan.

Dalam majlis berkenaan, Sultanah Nur Diana Petra turut berkenan mengurniakan cenderamata kenangan kepada semua ahli rombongan.

Baca juga: ‘Beauty with brains” – Tengku Puteri Afzan Aminah kini graduan Sarjana Muda Sains Pengurusan dan Perakaunan

Warga maya rata-rata menzahirkan rasa teruja pertama kali menatap wajah isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V itu.

-“Allahuakbar! Cantik Tuanku Permaisuri Sultanah Kelantan.”

-“Wow prtamakali lihat Sultanah Kelantan.”

-“Moga Tuanku Sultanah dlm perlindungan ALLAH selalu.”

– “Semoga dipermudahkan urusan Tuanku dengan penuh pekerti, tinggi budi mendampingi Duli Tuanku Sultan Muhammad V, semoga dilimpahi rahmat memayungi rakyat Kelantan.”

Iklan

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia

Terdahulu, Sultan Muhammad V mengisytiharkan Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pengisytiharan itu dibuat mengikut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Iklan

 

 

Pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan turut dinamakan di dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘Her Highness Sultanah of Kelantan’.

Baca juga: Permaisuri Agong kongsi pengalaman tidak dapat susukan zuriat, rasmi bank susu patuh syariah pertama di Malaysia

Sumber: Unit Media Pejabat Sultan Kelantan, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.