APLIKASI TikTok adalah platform perkongian video popular yang membolehkan pengguna membuat dan memuat naik video pendek.

Sesetengah orang hanya mengaitkan aplikasi itu sekadar menari dan seksi namun pelbagai video menarik turut dikongsi warganya yang kreatif sudah tentu boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Terbaharu, pelatih pakar bedah Kolej Imperial London, Dr Nur Amalina Che Bakri mengakui turut terpengaruh dengan trend aplikasi TikTok.

Beliau yang sedang menyempurnakan kepakaran dalam bidang pembedahan awam di sebuah hospital terkemuka di London memaklumkan pada awalnya cuba untuk menjauhkan diri daripada terjebak aplikasi tersebut.

Namun doktor cantik berusia 33 tahun itu akhirnya akur dan membuka akaun baru dan fokus untuk mendidik masyarakat tentang kesihatan dan melawan maklumat palsu.

“Saya cuba untuk menjauhkan diri daripada TikTok namun saya rasa ia ruang terbaik untuk pendidikan kesihatan umum terutamanya untuk menyanggah maklumat yang salah,” tulisnya di Twitter.

Setakat ini, akaun Dr Amalina telah berjaya meraih lebih 36,000 pengikut di laman berkenaan. Wah!

Menjengah video yang telah dimuat naik, Dr Amalina banyak berkongsi maklumat dan tips dunia perubatan antaranya tentang prosedur pembedahan, kepentingan vaksin dan memperbetulkan persepsi tentang produk kesihatan yang didakwa menyembuhkan penyakit kronik.

Pengumumannya di Twitter turut disukai lebih 16 ribu dan dikongsi hampir 6,000 pengguna.

Rata-rata pengikutnya bersetuju dan mengucapkan tahniah atas usahanya itu.

Iklan

Khairul Hafidz – It is interesting you are using the term “disinformation” instead of “misinformation”. Good luck Amalina, keep educating public.

Diana Matts – TikTok will prioritise your content if it is for educational purposes. So yeah stay dengan Tiktok Dr! Keep produce more video dan masuk FYP.

zulhissham yaakob – when TikTok is used in a good way,it will benifits others, Doc.

Baca juga Padah tuduh rider ‘curi’ makanan, majikan gantung kerja serta-merta

Muaz – True!! TikTok quite compact and informative if we choose the right person to follow.

Monstr Trg – Memang pun doctor! Our FYP should be filled with these kind of contents. Thank you so much Dr for your efforts!

Terdahulu, Dr Amalina merupakan pelajar pertama negara berjaya memperoleh keputusan 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2004.

Iklan

Nama beliau terus melonjak serta dikenali ramai dan kini bergelar seorang doktor dalam bidang perubatan di United Kingdom.

Tahniah Dr Amalina! Semoga terus memberikan informasi yang berguna untuk masyarakat jadikan panduan.

@dramalinabakriPatient’s journey in operating theatre##medicaltiktok ##doctor ##medicine ##surgery ##surgeon

♬ How to Save a Life – The Fray

@dramalinabakriHow to do gallbladder surgery (laparoscopic cholecystectomy) ##medicaltiktok ##doctor ##medicine ##surgery ##surgeon

♬ How to Save a Life – Boyce Avenue