SEKEPING wang kertas RM50 bukan biasa-biasa, ia muncul selepas dimuat naik di laman sosial Facebook selepas tertulis ayat yang amat menyentuh hati.

‘Duit last ayah bagi 11 Mei 2020.’

Demikian ayat penuh emosi tertera pada wang kertas yang dikeluarkan menerusi mesin juruwang automatik sebuah bank oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Azfarul Zainol Akmar, 35.

Hampir empat tahun berlalu, warga maya menzahirkan rasa sayu cuba meletakkan diri sebagai pemilik tulisan berkenaan yang terpaksa menggunakan wang berkenaan.

 

Tidak kurang yang ‘share’ post berkenaan sebagai usaha mengesan pemilik agar ditemui.

– “Kalau kita lihat nilai duit tu, memang besar.. Tapi bila tengok apa yang ditulis, ia lebih besar nilainya kepada individu itu.”

– “Kalau ikutkan tarikh itu kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Mesti sebab PKP dia terpaksa guna duit ni. Mungkin juga ayahnya pergi kerana Covid-19, besar ujiannya.”

– “Kalau jumpa owner, bagi balik kepadanya secara percuma. Biarlah duit ini menjadi kenangannya, Saya ganti kat tuan rm50, nanti pm saya.”

– “Saya yang isi minyak pakai duit ini. Ia saya perolehinya daripada seorang pakcik di Sungai Isap, Kuantan. Dia pun tidak tau mendapat daripada mana. Payah untuk berjumpa pemilik asal. Semoga usaha Tuan berhasil bertemu dengan pemilik.

– “Yang ini memang sedih. Terima kasih kepada yang post untuk memulangkan duit ni. Lihat anda memang rare, lebih-lebih lagi di akhir zaman ni,”

– “Sentimental value. Siapa yang sudah kehilangan insan tersayang akan mengerti. Moga kembali kepada pemilik asal.”

Baca juga: Boleh ke ibu bapa guna duit raya anak kalau terdesak? Ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Baca juga: “Betul ke ni bagi kat abah?Bapa terkesima, sebak terima hadiah jam tangan mahal daripada anak

Baca juga: Hukum beri duit raya dalam Islam sebagai sedekah, tidak menyerupai angpau

Mohd Azfarul Zainol Akmar

Perkongsian tersebut tular hingga mendapat 7,900 tanda suka, 11,00 perkongsian dan hampir 300 komen.

Terdahulu Mohd Azfarul lebih dikenali Tuah Lim dalam mengeluarkan wang di mesin pengeluaran automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Gambang.

“Pada mulanya tidak sedar, apabila sampai di rumah ketika keluarkan duit, baru ternampak ayat pada wang kertas RM50 tersebut.

“Terus saya rasa terharu dan sedih bila terkenangkan mungkin pemilik duit ini terpaksa gunakan walaupun ia amat bermakna dan punya nilai sentimental, kenangan terakhir bersama ayahnya,” katanya.

Iklan

Mulianya hati, pemuda itu berharap pemilik wang berkenaan berjaya ditemui kerana sedar ia satu kenangan berharga.

Gambar hiasan

“Saya pun tidak akan guna duit ini selagi pemiliknya tidak ditemui, itu janji saya,” jelasnya.

Azfarul menerusi portal media tempatan memaklumkan tulisan pada wang berkenan dimiliki seorang individu dari Johor.

Salah seorang individu berkenaan yang menghubungi Azfarul menceritakan si bapa tidak pernah memberinya duit selepas berkahwin tetapi menyerahkan wang berkenaan kepada si anak pada hari raya 2019.

“Dia tidak sangka itu adalah pemberian terakhir ayahnya sebelum meninggal dunia kerana Covid-19 pada Mei 2020. Namun selepas itu, dia terpaksa menggunakan wang itu kerana keadaan yang memerlukan,” kongsi Azfarul kepada Mstar.

Katanya, seorang lagi individu yang menghubungi dan mendakwa wang tersebut kepunyaannya namun tidak bercerita panjang.

Azfarul bagaimanapun sedang meminta pandangan rakan sebelum memulangkan wang kertas berkenaan kepada pemilik asal.

Iklan

Terdahulu pada tahun 2019, tular seorang wanita menemui wang RM10 yang tertera ‘The last cash given by dad on 21/5/2010 Friday, 7.10. I love you dad.”

Wanita yang juga kakitangan bank di Melaka itu bagaimanapun berjaya menemui semula pemilik wang berkenaan yang mendakwa menyimpan pemberian terakhir bapa namun kehilangannya selepas dompet dicuri pada 1 September 2018.

Sumber: Tuah Lim, Sinar Harian (ROSILAWATI ROSEDI), Mstar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!