SELEPAS pemergian suami tercinta, Abam Bocey, Hidayah melalui ujian penuh berliku.

Namun, beliau atau nama penuhnya, Siti Norhidayah Mohd Ali dilihat terus bangkit dan kekal tabah membesarkan anak tunggalnya sendirian.

Segala pengorbanannya memang cukup dikagumi ramai terutama dalam kalangan wanita.

Melihat perkembangan Hidayah sekarang, bukan sahaja beliau, malah kita berbangga dengan kejayaannya dalam dunia perniagaan.

Benarlah ungkapan yang mengatakan kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Baca ni: Balu Abam Bocey tak duduk diam, kini berniaga untuk meneruskan kelangsungan hidup

BELI KERETA HASIL JUALAN CEMPEDAK, PRODUK KOSMETIK

Berkat usaha keras dan tidak mengenal erti putus asa, ibu kepada Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey atau disapa Hamzah berjaya memiliki kereta Toyota Velfire hasil jualan cempedak dan bisnes kosmetik yang diusahakannya.

Hasil jualan cempedak antara yang membolehkan Hidayah memiliki kereta idamannya.

Ramai sedia maklum, balu kepada Abam Bocey sebelum ini pernah meluahkan rasa hatinya yang sedih tatkala ternampak kereta Velfire kepunyaan arwah suaminya yang telah dijual kepada orang lain.

Baca ni: “Inilah kereta ayah” – Imbas memori, Hidayah sayu kelibat kereta Abam

Biarpun perasaan pilu menguasai diri, wanita itu dilihat nekad dan berusaha gigih bagi merealisasikan impian untuk memiliki kenderaan yang sama suatu hari nanti.

Nyata, apa yang diimpikan sudah menjadi kenyataan kini.

Dalam satu perkongsian di laman Instagramnya, Hidayah memuat naik sekeping gambar bersama anaknya. Apa yang menarik perhatian ramai pastilah kereta Vellfire di belakangnya.

Kereta yang dimiliki hasil titik peluh Hidayah.

Ramai yang bertanyakan kepada Hidayah sama ada kenderaan tersebut dibeli kembali?

Namun, wanita berumur 31 tahun itu memberitahu, beliau tidak membeli semula kereta arwah memandangkan ia sudah dijual kepada pemilik baharu.

Pada masa sama, Hidayah turut memberitahu, pembelian kenderaan tersebut adalah hasil kerja kerasnya mencari rezeki menampung kehidupan mereka dua beranak.

“Alhamdulillah syukur berkat kerja keras hasil bisnes jual sabun, daun sukun dan serum,” demikian jawapan yang diberikan Hidayah kepada pengikutnya di laman instagram.

Iklan

HIDAYAH SUMBER INSPIRASI

Selepas itu, Hidayah dihujani dengan ucapan tahniah. Tidak kurang yang mendoakan semoga beliau terus berjaya kelak.

Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga Dayah tunaikan kembali hasrat arwah beli kereta besar untuk keselesaan Hamzah dan keluarga Dayah. Semoga dayah berjaya dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, kereta hasil usaha sendiri. Cantik.

Akhirnya Hidayah dapat menunaikan kembali hasrat arwah suaminya untuk membeli kereta besar bagi keselesaan Hamzah.

Dulu dikata tak mampu bayar. Sekarang bukti yang usaha takkan mengecewakan..
Hasil dapat beli sebiji. Tahniah kak. Membanggakan.

Alhamdulillah. Rezeki Hamzah sentiasa ada. Semoga Dayah terus kuat dan tabah untuk Hamzah dan bisnes Dayah terus maju serta sukses.

Iklan

Sentiasa doakan awak. Semoga terus berjaya dan berbahagia dunia akhirat. Syukur alhamdulillah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Kepada wanita di luar sana yang mungkin senasib, Hidayah selayaknya dijadikan sebagai sumber inspirasi.

Beliau bukan sahaja kalis cacian dan hinaan, malah berjaya membuktikan bahawa beliau ialah ibu dan ayah kepada cahaya mata tunggalnya dan terus berkerja keras tanpa jemu.

Sumber: hidayah_hamzahh

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan