“BUAT masa ini saya tidak ada masa nak layan orang gila atau benda gila”.

Begitulah perkongsian di Instagram (IG) Story milik Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail atau juga lebih dikenali dengan gelaran TMJ (Tunku Mahkota Johor).

Menurut perkongsian tersebut, baginda menjelaskan tidak mempunyai masa untuk perkara remeh yang sama sekali tidak menjadi kepentingan buat dirinya.

Walaupun tidak dapat dipastikan pesanan tersebut ditujukan kepada siapa, baginda menegaskan fokus hanya tertumpu kepada bantuan rakyat.

“Saya hanya mahu memberi tumpuan untuk membantu rakyat dalam setiap aspek dengan apa sahaja cara yang saya mampu,” ujar baginda.

TMJ balas komen anak tiri Siti Nurhaliza di Instagram, nasihat ‘deep’ buat warganet tersentuh

Pada masa yang sama, baginda juga menjelaskan kehidupannya bertambah baik selepas mengurangkan penggunaan media sosial.

Iklan

“Saya menyedari bahawa kehidupan saya bertambah baik dari segi mental, rohani dan fizikal setelah saya memutuskan untuk hidup dengan kata sebenar dan bukan di media sosial.

“Saya tidak menentangnya. Tetapi saya percaya bahawa kita harus menggunakannya secara sederhana,” katanya.

Baca juga [VIDEO] Bukan saja pandai deko, pemuda ini tarik perhatian netizen dengan skil memasak

Pesan baginda, gunakan media sosial secara bersederhana dan memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.

Iklan

“Untuk berkongsi gambar, terus berhubung dengan rakan dan membaca berita yang tidak toksid adalah lebih baik.

“Tetapi hidup di media sosial dari hari ke hari adalah kegilaan. Ia membuang masa. Hidup ini singkat. Lebih baik hidup di dunia nyata, melakukan perkara positif yang memberi manfaat kepada anda dan orang tersayang.

che puan khaleeda TMJ

“Hargai keindahan dan buang perkara negatif. Hidup, cinta, bersyukur dan mempercayai perancang terbaik, ALLAH,” pesan baginda.

Sumber: Tunku Mahkhota Johor