BANJIR yang melanda di negeri-negeri Pantai Barat negara baru-baru ini adalah yang paling buruk.

Kanak-kanak, bayi adalah antara mangsa yang terkesan bencana itu. Sebagai ibu atau bapa, apa perasaan korang apabila melihat gambar-gambar ini?

Baca juga: Mydin Mart Sri Muda Dipecah Masuk, Pengarah Urusan Halalkan Demi Kelangsungan Hidup

Tentu luluh hati mengenangkan tubuh kecil itu menahan sejuk dan terpaksa makan bercatu berhari-hari lamanya sehingga situasi pulih.

Seperti yang dipaparkan ini ialah Umar Eusoff, 10, sedang menikmati makan tengah hari nasi putih berlaukkan telur goreng di dalam keadaan basah akibat banjir di Masjid Kampung Seri Aman, Puchong.

Lebih menyedihkan masjid tersebut turut dimasuki air pada hari kedua.

Dia dan keluarganya terpaksa meninggalkan kediaman bagi mengelakkan daripada terperangkap susulan air banjir yang naik dengan mendadak 19 Disember lalu.

Susulan daripada itu, kira-kira  1,200 penduduk Kampung Seri Aman terjejas.

Baca juga: Sri Muda ‘Trending’ Di Twitter, Keadaan Mangsa Terkandas, Proses Menyelamat Runtun Hati Rakyat Malaysia

Gambar ini mewakili ribuan lagi kanak-kanak yang terkena tempias banjir yang melanda.

Barangkali bagi mereka ia adalah pengalaman baru yang mungkin menyeronokkan kerana boleh bermain dengan rakan-rakan.

Namun bagi kita yang dewasa, ia adalah situasi yang menghibakan.

Iklan

Peringatan buat ibu bapa, kelekaan kita boleh membahayakan nyawa mereka. Lakukan lima tip ini agar anak-anak selamat sepanjang musim banjir:

1. Mengawasi anak-anak dan tidak membiarkan mereka bermain air banjir. Air banjir yang dalam dan deras boleh mendedahkan mereka kepada risiko lemas.

2. Air banjir turut menghanyutkan sisa kotoran memberikan impak buruk kepada kesihatan.

3. Kondisi air yang sejuk boleh menyebabkan berlaku kekejangan.

Iklan

4. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh objek seperti dawai, tiang atau peralatan yang boleh menyebabkan renjatan elektrik.

5. Sentiasa berwaspada haiwan berbisa seperti ular, lipan, jengking, biawak dan sebagainya.

Diharapkan kita semua mengambil cakna keberadaan anak-anak ketika banjir. Jangan kerana kecuaian kita, mereka menjadi mangsa.

Baca juga: Jangan Cuci Dulu, Tangkap Gambar, Berikut 5 Tip Buat Tuntutan Insurans Kenderaan Selepas Banjir

Jom follow Sinarplus di Instagram!