PENULIS memakai topeng muka kurang 10 minit pun sudah terasa rimas dan ‘sesak’ nafas.

Inikan pula barisan hadapan petugas perubatan yang lengkap menyarungkan scrub dan sut PPE (peralatan perlindungan diri) untuk tempoh masa lama.

Biarpun panas dan berpeluh dek PPE berlapis-lapis, namun atas rasa tanggungjawab kumpulan frontliner sanggup mengenepikan ketidakselesaan tersebut. Fokus utama mereka supaya pesakit Covid-19 dikendalikan dengan baik.

Persoalannya, sampai bila kita harus membiarkan pasukan perubatan berterusan berkuyup dalam pemakaian tersebut? Disebabkan itu, rakyat sentiasa dinasihatkan menjaga kebersihan diri, kekal berada di rumah dan mematuhi standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan.

Jika semua masyarakat memikul tanggungjawab ini bersama kita bukan sahaja mampu memerangi virus Covid-19, malah secara tidak langsung membantu meringankan beban para frontliner.

Jangan pentingkan diri sendiri kerana bimbang tindakan sedemikian akan melunturkan semangat pasukan perubatan negara seperti yang berlaku di negara jiran.

Ekoran kesal dengan sikap warga tempatan yang memandang enteng perihal penjarakan sosial ketika bagi memerangi penularan Covid-19, pasukan perubatan Indonesia dikatakan sudah berputus asa.

Ia terbukti apabila kelmarin hashtag #Indonesia? Terserah!!! menjadi trending menerusi media sosial di negara republik terbabit.

Difahamkan, penggunaan hashtag bermula sejak 15 Mei lalu merupakan manifestasi kekecewaan yang dizahirkan para petugas perubatan.

indonesia
HASHTAG #Indonesia? Terserah!!! menjadi trending menerusi media sosial di negara republik terbabit baru-baru ini.

Artikel berkaitanFrontliner Indonesia kecewa, wujud hashtag #Indonesia? Terserah!!!

Justeru, enggan membiarkan rakan seperjuangan terus dibelenggu kekecewaan frontliner Malaysia berganding bahu mempamerkan sokongan. Pasukan perubatan tempatan tampil menulis kata-kata semangat pada persalinan PPE.

Menerusi posting pemilik akaun dikenali Efey Noorfareydzah, beliau memuat naik tiga keping gambar memaparkan aksi pasukan perubatan memberikan sokongan kepada frontliner Indonesia.

Mereka menulis kata-kata semangat seperti ‘Kami Sokong #Indonesiabisa’ dan ‘Kita Pasti Bisa Daripada Frontliner Malaysia’.

Iklan
frontliner
PASUKAN perubatan negara menulis kata-kata semangat pada sut PPE sebagai tanda sokongan kepada frontliner Indonesia.

Tidak cukup dengan itu di atas permukaan sut PPE berwarna putih dan biru tersebut juga tertera ayat sokongan yang berbunyi ‘Jangan Putus Asa!!!, Kita Pasti Menang!!!’.

Sehubungan itu, kepada rakyat Malaysia marilah kita bersama-sama membantu pasukan perubatan negara memerangi wabak jahat yang boleh meragut nyawa. #RantaianKasih.

 

 

Iklan