Gadis jumpa ibu bapa di pintu sempadan bikin warganet sebak

A
A
A

UMUM sedia maklum bahawa negara kita masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memerangi Covid-19 yang mana sehingga kini aktiviti merentas negeri masih tidak dibenarkan.

Ya! Tipulah jika hati seorang anak tidak mempunyai perasaan rindu pada keluarga terutama ibu bapa di kampung halaman.

Tambah lagi sekarang kita sedang menempuh bulan mulia Ramadan dan Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi.

Hanya yang melaluinya sahaja tahu bagaimana peritnya perasaan itu.

Mungkin bagi yang telah mengambil peluang untuk menjenguk ibu ayah di kampung ketika rentas negeri dibuka suatu ketika lalu tidaklah begitu terkesan namun bagi yang tidak berkesempatan, hanya Tuhan yang mengetahuinya.

Begitulah terjadi dengan seorang gadis ini yang terpaksa mengaturkan pertemuan dengan ibu bapanya hanya di pintu sempadan.

Difahamkan gadis itu sudah lama tidak berjumpa dengan ibu bapanya dan tidak boleh pulang ke kampung halaman.

Menerusi video tersebut, gadis yang dikenali sebagai Nur Nadiatul Farisya itu memaparkan luahan rindunya apabila dapat melihat kedua orang tuanya di pintu sempadan secara jauh.

Gadis berkenaan berkongsi pertemuannya yang sangat bermakna itu di laman TikTok miliknya.

Mereka berjumpa di sempadan negeri Kedah dan Perlis yang disaksikan oleh pegawai polis yang sedang bertugas di sekatan itu.

Ibu bapa gadis berkenaan dilihat berjalan menghampiri sekatan jalan raya yang melibatkan negeri Perlis dan Kedah.

Gadis jumpa ibu bapa di pintu sempadan bikin warganet sebak

Lagi menyentuh perasaan apabila kelihatan juga si ibu siap membawa buah tangan hasil masakan untuk anak tercinta.

Perkongsian itu ternyata membuatkan ramai sebak dan mengalirkan air mata.

"Rindunya ya Allah. Aku nak balik Kedah tak boleh. Mak abah nak datang Perlis pun tak boleh. Kami buat keputusan untuk jumpa di sempadan Kedah dan Perlis.

"Moga Ramadan kali ini diberi kekuatan dan kesabaran yang lebih," tulisnya.

Baca juga Persis Uqasha Senrose, Che Nom dedah wajah buat peminat teruja

Rata-rata warganet meninggalkan komen perasaan sebak melihat kegigihan ibu bapa berkenaan sanggup berjumpa anak mereka di sempadan negeri walaupun hanya sekejap sahaja.

MERVHSVLIM - Dah macam aku ni Sellangor, mak abah dekat Kedah nak jumpa kat sempadan mana ni? Aku nangis weh!

miruku irdina - Nampak tangan mak dia bawak something. Mesti mak tapaukan makanan kesukaan anak dia. Rindunya ayaq tangan mak.

Cx3jebat - Alhamdulillah, kasih ibu bapa tiada terkira. Semoga awak dan keluarga diberi keberkatan dan kemuliaan.

Mommy Ayu - Ya Allah sabar ye sis. Semoga semua ini berakhir Sedih tengok video gini. Selagi ada mak dan ayah cubalah bahagiakan mereka.

Alhamdulillah! Syukur dapat jumpa mak ayah walaupun secara jarak jauh. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit

kerinduan.

@ceksyaeeMoga Ramadhan kali ni diberi kekuatan dan kesabaran yang lebih??❤️ ##masukberanda##fyp##fypdongggggggggシ♬ original sound - shaaa - broken girl ?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca