DALAM usaha untuk mengimarahkan masjid terutamanya pada bulan Ramadan yang bakal berakhir tidak lama lagi, kita boleh lihat pelbagai inisiatif yang telah dibuat oleh pihak masjid.

Seperti Masjid Al Munawwarah, Seksyen 27 Taman Alam Megah, Shah Alam, Selangor, mengambil pendekatan tersebut dengan menyediakan cabutan bertuah untuk kanak-kanak dan remaja.

Jangan lupa follow kami Instagram! 

Menurut pihak masjid tersebut, tiga hadiah utama disediakan untuk cabutan bertuah tersebut.

“Basikal lipat dari Decathlon berharga RM1,399, RM1,399 dan RM1,299.

“Juga hadiah lain seperti tiga unit Tablet Samsung, tiga baucar Decathlon bernilai RM200 dan tiga baucar bernilai RM100,” tulisnya di laman Facebook.

Baca juga Bermanfaat! Wanita pecah hasil tabungan bersama suami untuk sambut raya buat ramai kagum

Masjid Al Munawwarah

Menurutnya lagi, cabutan berkenaan akan dibuat dalam bulan Ramadan ini.

“Bila tarikh cabutan bertuah? Jawapannya pada mana-mana malam pada bulan Ramadan ini.

“Jemput bawa sekali anak-anak memeriahkan masjid. Seronok tengok budak-budak ramai bulan Ramadan ni. Dah lama sunyi sebelum ini.

“Antara syaratnya, berumur 18 tahun ke bawah. Kami sediakan kupon. Setiap kali hadir dapat satu cop. Cukup lima cop melayakkan untuk satu kupon cabutan. Lagi kerap anak-anak kita hadir, peluang menang lagi tinggi,” katanya.

Baca juga Pesakit di wad boleh ada penjaga, pelawat mulai Sabtu ini. 10 syarat ditetapkan KKM

Jadi, penduduk di sekitar masjid tersebut bolehlah sama-sama menyahut peluang yang diberikan masjid.

Iklan

Moga usaha murni itu dapat menarik minat anak muda mencintai masjid dan seterusnya mengimarahkan lagi suasana rumah ALLAH dengan kehadiran golongan kanak-kanak dan remaja.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Iklan

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI