Gara-gara seorang mak cik hampir jatuh motor, pemuda tampil tampal jalan rosak

Gara-gara seorang mak cik hampir jatuh motor, pemuda tampil tampal jalan rosak
Gara-gara seorang mak cik hampir jatuh motor, pemuda tampil tampal jalan rosak
A
A
A

MELAKUKAN kebaikan bukan hanya tertumpu kepada amalan yang membawa manfaat untuk diri sendiri.

Kita juga dianjurkan untuk berusaha melakukan kebaikan terhadap orang lain.

Hulurkanlah apa juga bantuan berdasarkan kemampuan diri supaya bantuan itu dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Dari pandangan agama, Islam juga menitik-beratkan kebersamaan dalam kebaikan sehingga orang yang dikira sebagai sebaik-baik manusia adalah mereka yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Begitulah juga yang boleh digambarkan kepada seorang pemuda ini apabila dia tampil bertindak menampal jalan raya yang rosak teruk bagi laluan orang ramai.

Menerusi sebuah video klip yang dikongsinya di laman Instagram, pemuda dikenali @madshafiq_ itu tampil berbuat sedemikian gara-gara pernah ternampak seorang mak cik yang hampir terjatuh motor melalui jalan tersebut.

Hobi cabar kemampuan diri

Baca juga Penantian 16 tahun hamil anak kedua tercapai, wanita kongsi tip

"Disebabkan seorang mak cik hampir jatuh akibat melalui kawasan lubang itu, jadi aku buat keputusan untuk buat sesuatu.

"Walaupun pakai simen sahaja, tapi inilah usaha kecil yang terlintas. Untuk bagi kekal tahan sikit, aku buat bancuh lebihkan simen," ujarnya.

Selain itu, dia juga berharap usahanya itu dapat memberi kesenangan kepada kawan-kawan rider dan mengelakkan mereka daripada kemalangan memandangkan di situ kawasan kedai makan seperti nasi kerabu, nasi ayam, nasi siam, mouthgasm crunchy dan sebagainya.

Perkongsiannya turut mendapat pelbagai pujian warga maya yang rata-rata mengatakan itu satu usaha yang sangat baik.

Terbaik anak muda!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca