BILA sebut sahaja hadiah, semua orang akan gembira mendengarnya.

Lebih-lebih lagi jika ia berbentuk kejutan. Perasaan ketika itu seolah mahu lompat bintang.

Biasanya dalam hal hadiah, kaum wanitalah golongan istimewa yang sentiasa diberi hadiah. Bahagia kan!

Seperti satu perkongsian seorang pengguna Facebook ini, ‎Adnan Mat Abu.

Perkongsiannya di grup Masak Apa Hari Ini (MAHN) semalam menjadi tarikan warganet apabila dia meletakkan seutas rantai tangan emas dalam masakan shellout yang dibuatnya khas untuk makan malam sempena hari lahir isterinya yang tercinta.

Katanya, idea itu diberi oleh anaknya yang dikenali Acu.

Ha… jarang-jarang kita jumpa kejutan macam tu kan!

Iklan

Artikel berkaitan: [VIDEO]Pantun dua beradik kiasan isu politik tarik perhatian Permaisuri Agong

Iklan

Rata-rata warganet turut membanjiri ruangan komen mengatakan isterinya sebagai wanita paling beruntung, kerana telah mendapat hadiah bunga dan kek pada siangnya.

Kata mereka;

Norfaizah Kassim – Untungnya ibu dapat abah .. so sweet.

Idah Hamid – Semoga bahagia dunia akhirat.

Zainiza Din Abd Rofat – Pandai laki dia buat kejutan.

Zaihaznita Abdul Majid – Ololo…romantik ler abah ni… Walaupun golang omeh omak dok ontok dalam timbunan shellout tu.

Rofiah Saod – Suamiku bukan sajo tak sweet tapi langsung lupo hari jadi bini. Bertuahlah sapo yang suami pandai ambik hati kita.

نور موحامود – Happy anniversary abah dan omak… semoga hubungan kalian kekal hingga syurga… Aamiin.

Majidah Yms – Sweetnye… Untung dapat suami yang ingat nak hargai isteri… Tak dapat pulut dakap, pasir halus pun tak apa, janji jadi orang pertama yang wish happy birthday… Tak minta lebih, itu pun dah rasa dihargai.