[VIDEO]Pantun dua beradik kiasan isu politik tarik perhatian Permaisuri Agong

[VIDEO]Pantun dua beradik kiasan isu politik tarik perhatian Permaisuri Agong
[VIDEO]Pantun dua beradik kiasan isu politik tarik perhatian Permaisuri Agong
A
A
A

TERNYATA pantun 'Dari Kita Untuk Mereka' yang dibaca oleh dua beradik yang dikenali KuMika KuFaizul dan kakaknya KuHana Bahiran telah mencuri tumpuan ramai.

Bukan itu sahaja, video tersebut turut mendapat perhatian Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Permaisuri Agong telah memuat naik video tersebut di laman Instagram beliau Tunku Azizah Iskandar @airtangan_tunkuazizah yang telah mendapat tontonan sebanyak lebih 250 ribu.

Pantun yang dibaca oleh dua beradik itu berkisahkan tentang situasi politik negara ketika ini yang mana seakan tidak mengendahkan keresahan rakyat bertarung memutuskan rangkaian Covid-19 yang sedang mengganas kembali.

Pantunnya berbunyi;

Tiga Wilayah Selangor dan Sabah,

Sudah diarah kerja dari rumah,

Orang politik sedar-sedarlah,

Ini bukan masa untuk berbalah.

Raja sudah bertitah,

Sudah-sudahlah bertelingkah,

Rakyat sedang susah,

Belum masa keluar memangkah.

Buah cempedak di luar pagar,

Jangan ambil orang punya,

Titah raja jangan dilanggar,

Kalau langgar buruk padahnya.

Semua orang duduk rumah,

Sebab Covid belum sudah,

Pada yang makan rasuah,

Bertaubatlah banyakkan ibadah.

Selain itu, video berkenaan turut diulang kicau oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan berkapsyen 'adik Mika dan adik Hana pun ada buku Kurik Kundi Merah Saga ya? Boleh kalah

DBP nampaknya kalau berlawan pantun'.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Kisah abang ini buat warganet tersentuh, bukan calang-calang kerja ni

Rata-rata warganet yang memahami pantun tersebut bersetuju dengannya dan ada yang mengatakan anak kecil lebih memahami bahaya Covid-19 ini berbanding orang dewasa.

Kata mereka;

Awwww shoooo cute and banyak maklumat yang diorang sampai kan, memang kena tepat- aalyy_

Terbaik... Sedar-sedarlah wahai ahli politik... Rakyat tengah susah sekarang ini. Jangan dilanggar titah Raja - eydasharul

Cute but sape makan cili pedihh haha - anurhidayah

Comelll. Tapi penuh maksud - faatihah.shahbudin

Tula sibuk kejar kuasa. Dalam sibuk Covid-19 duk sibuk la kejar jawatan. Dengan air takde, dengan virus merata. Anak-anak nak sekolah pun dah takut-takut, org politik masih lagi la kejar jawatan - jizanlykl

MasyaALLAH Tuanku....tqsm. Junjung Kasih. Harap orang-rang politik sedar-sedarla.... kuasa dan duit tak bawak mati... Kesian Rakyat jelata mencari rezeki - sharifahmaznahzawawi

Deep sungguh Tuanku... Kalau orang politik masih tak sedar tak tahu lah - mrkhairul.ig

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tunku Azizah Iskandar (@airtangan_tunkuazizah) on

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca