GELARAN Biduanita Negara sangat ‘mahal’. Apa tidaknya, sehingga kini hanya dua orang sahaja yang mendapat gelaran tersebut iaitu Allahyarham Puan Sri Saloma pada tahun 1978 dan seterusnya Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini pada tahun 2006.

Bayangkan hanya selepas 28 tahun, baru muncul seorang lagi Biduanita Negara. Satu jangka masa yang begitu panjang namun sesuailah dengan besarnya nilai gelaran tersebut.

Jadi pada pendapat Borak Bibir Merah, kalau nak bagi, kena bagi pada yang betul-betul layak. Kalau setakat nak bagi untuk menjaga hati, menjaga hubungan atau apa-apa tujuan, tak payahlah. Baik simpan sahaja gelaran tersebut biarpun sehingga 28 tahun akan datang.

Baca ni Siti Nurhaliza bantu ringankan beban pengamal media. ‘Anggap seperti keluarga sendiri, saya rasa terhutang budi’

Siti

Namun dalam cerita Datuk Siti Seri Nurhaliza ini yang digembar-gemburkan sebagai bakal Biduanita Negara yang ketiga, Borak Bibir Merah tidak mempunyai masalah dengan cadangan tersebut malah sangat bersetuju.

Secara peribadi, tidak ada calon lain yang paling layak menggalas gelaran tersebut selain daripada Siti atas empat faktor utama ini.

Yang pertamanya sudah pastilah kerana bakat besar yang dimiliki. Siti diakui sebagai penyanyi nombor satu negara sejak beberapa tahun lalu.

Gelaran nombor satu sudah sinonim dengan dirinya dan dipersetujui ramai. Tidak ada pula yang mempertikaikan.

Baca lagi ‘Impian nak sambut di Makkah, hadiah untuk mak.’ Sempena hari lahir, Siti Nurhaliza bawa suami, anak, ibu dan mertua tunai umrah

siti norhaliza

Keduanya, kejayaan yang dicapai oleh Siti bukan hanya terhad di dalam negara sahaja malah sehingga ke peringkat antarabangsa.

Banyak trofi yang dimenangi sehinggakan Siti memilih menarik diri daripada beberapa pertandingan. Bukan ‘kekwat’ tetapi beri peluang pada orang lain. Hebat bukan?

Ketiganya, sejak kemunculan Siti selama tempoh 28 tahun kariernya, Siti sentiasa relevan dari zaman anak dara sehinggalah sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak.

Siti kekal di papan atas. Akhir sekali yang paling penting, Siti bukan sahaja diminati oleh orang Melayu tetapi juga berbilang bangsa mengenali dan menyayanginya. Secara tidak langsung, Siti merupakan ejen perpaduan negara.

Tokti jahit mask sendiri selain sumbang PPE untuk IJN, PDN 

Sebenarnya banyak lagi poin yang boleh menyokong Siti sebagai Biduanita Negara. Ini antaranya sahaja.

Namun bak kata Siti, dia tidak mengharap sangat. Orang bagi, dia berbesar hati menerimanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter,ĺ Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Iklan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Iklan