PRIHATIN dan peka dengan nasib sesetengah pengamal media yang kurang bernasib baik, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Yayasan Nurjiwa tampil memberi bantuan bagi meringankan beban mereka yang berada dalam kesulitan.

Justeru bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, Siti yang juga pengasas yayasan tersebut bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K berkolaborasi bersama Yayasan Prihatin National menganjurkan Majlis Iftar Nurjiwa Prihatin yang bertempat di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur.

Baca ni ’11 tahun menantimu…’ Aafiyah genap enam tahun, catatan Siti Nurhaliza undang sebak

Siti nurhaliza

siti 7

Dalam sesi temu bual bersama pihak media, penyanyi nombor satu negara itu mengakui pihak media banyak membantunya sejak di awal kemunculannya dalam industri seni hampir 30 tahun yang lalu.

“Saya sangat terhutang budi dengan pengamal media yang saya sudah anggap seperti keluarga saya sendiri. Terima kasih kepada pihak media yang sudi hadir atau bertugas.

“Tidak lupa kepada wartawan yang mula-mula menemuramah saya iaitu Cikli (Rosli Manah) yang tak dapat hadir. Huzz juga tidak dapat hadir, tapi kita ada Joha dan Abang Nas (Nas Melodi) yang suka ‘terjah’ saya. Mereka inilah antara yang melihat saya dari awal kerjaya.

“Insya Allah, apa yang Yayasan Nurjiwa boleh bantu, kita buat sebaik mungkin,” katanya.

Baca lagi ‘Orang lawa pakai apa pun cantik.’ Gelagat Siti Nurhaliza & anak-anak di pasar malam raih pujian. Simple & humble!

siti

Dalam majlis tersebut, Siti turut berkesempatan menyerahkan sendiri sumbangan kepada beberapa wartawan yang hadir. Antaranya, Noor Joha, Nas Melodi, Bob, Muhammad Basir (suami kepada jurugambar Utusan, Allahyarham Nor Azlina), Serimah dan ramai lagi.

Menyambung kembali cerita, ungkap anak kelahiran Kuala Lipis itu, pertemuan dengan bekas-bekas wartawan memberi momen istimewa buat dirinya. Katanya, ramai wartawan yang sentiasa menyokong dan memberi publisiti kepadanya sejak awal pembabitannya.

Baca juga ‘Saya percaya ALLAH SWT akan berikan juga kemenangan kepada Palestin.’ Doa Siti Nurhaliza untuk Bumi Anbia

siti 6

“Kalau dulu, masyarakat nak tahu tentang artis semuanya melalui media. Iyalah dulu belum ada media sosial seperti sekarang. Artis-artis terkenal termasuk saya pun memang bermula dari pengamal media.

“Pengamal media yang membantu saya dari awal kerjaya juga ada dalam majlis ini. Jadi inilah masa untuk kami membantu semula. Mungkin tidaklah banyak, tapi insya Allah boleh meringankan (beban), memberikan senyuman kepada rakan-rakan media saya,” ujarnya.

Baca lagi Biaya kanak-kanak bedah jantung 11 tahun lalu, kebaikan Siti Nurhaliza jadi inspirasi, kebajikan senyap-senyap rahsia rezeki berkat

siti 1

Siti juga tidak dapat menyembuyikan rasa terharu dalam masa sama bersyukur kerana berpeluang bertemu mereka.

“Ada rasa sedih, terharu dan gembira apabila melihat insan-insan yang melihat saya membesar sebagai penyanyi, momen-momen lama tu muncul kembali.

“Saya ingat saya nak jumpa Huzz malam ni, tapi dia belum sihat. Begitu juga Cikli wartawan pertama yang menulis tentang saya namun disebabkan keadaan tidak mengizinkan .

Baca juga Bimbang keadaan anak-anak angkat di Sekolah Afwa Al Afiyah, Gaza, Siti Nurhaliza mohon doa

siti 2

Iklan

“Sumbangan kita berikan, cuma waktu untuk bertemu itu mungkin di lain hari. Dalam masa yang sama saya doakan mereka diberikan kesembuhan dan kesihatan yang lebih baik.

“Mereka ibarat keluarga saya. Mereka tulis tentang saya di awal kerjaya saya dulu, banyak kenangannya. Mana yang menegur, mengusik, itulah kami ibarat keluarga,” tambahnya lagi.

Baca lagi Mulianya hati Siti Nurhaliza, Ross Ariffin terima sumbangan Yayasan Nurjiwa

siti 3

Dalam majlis tersebut, selain pengamal media pelantun lagu Romansa Kita dan Magis ini turut menyantuni warga artis veteran antaranya ialah Zaiton Sameon, Roy, Ali XPDC, Rashidah Jaafar, Roslan Ahmad, Dharma Harun, Mak Wan dan ramai lagi.

Tidak dilupakan ialah 60 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Permata Hatiku dan Rumah Pendidikan dan Kebajikan Al-Firdaus serta ibu tunggal seramai 40 orang dari Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (GERAKWANIS) dan Pertubuhan Negarawati Tanahair (NEGARAWATI).

Baca lagi ‘Impian nak sambut di Makkah, hadiah untuk mak.’ Sempena hari lahir, Siti Nurhaliza bawa suami, anak, ibu dan mertua tunai umrah

Iklan

siti 5

Yayasan Nurjiwa juga menyeru lebih ramai lagi masyarakat akan dapat bersama-sama dengan badan amal yang menjadi medium menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Kolaborasi antara Yayasan Prihatin Nasional dan Yayasan Nurjiwa pasti memberi impak yang luar biasa untuk terus membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama di seluruh pelusuk tanah air dan antarabangsa.

Sumber gambar: Instagram ctdk

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang