MUSIM graduasi tiba lagi. Walaupun negara sedang dilanda Covid-19, sekolah-sekolah tadika seluruh negara tidak menjadikan pandemik sebagai halangan untuk meraikan murid mereka.

Cara sambutan tahun ini sungguh berbeza. Pelbagai idea menarik inisiatif pihak tadika untuk meraikannya mereka.

Seperti yang terjadi kepada sebuah sekolah tadika ini membuat sambutan hari graduasi yang agak unik berkonsepkan pandu lalu.

Perkara itu turut mencuri perhatian warganet apabila seorang pengguna Twitter Alma Sofia Esperanza José Pura Candela @Almazingg berkongsi beberapa keping gambar kemeriahannya semalam.

Graduasi 'drive-thru' meriah, cantik ibu bapa hias kereta

Katanya, sekolah tadika yang juga milik ibunya membuat sambutan hari graduasi murid melalui pandu lalu.

” Sekolah tadika ibu saya membuat upacara graduasi murid melalui ‘drive-thru’! Dan lihatlah ibu bapa menghias kereta mereka.

“I nak kata over, tapi tengoklah ibu bapa pun excited! Kita pun suka tengok!

“Ada yang kereta dihiasi mortar board!,” tulisnya.

Baca juga Kronologi kemalangan penyerang JDT, Muhammad Syafid meragut tiga nyawa

Difahamkan tadika itu terletak di Johor Bahru. Mereka turut sediakan pentas namun hanya di luar.

Menarik ni! Lihat gambar pun terasa kemeriahannya.

Graduasi 'drive-thru' meriah, cantik ibu bapa hias kereta

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet seronok melihat sambutan seperti itu dilakukan.

asma’ – I love how the parents and family are so excited about it with all the decorations and balloons. I love it!

N I A I R A – Weiii! Seronoknya tengokkk. Anak-anak pon happy ade appreciation macam ni.

Muney Pakhuruddin – Ni bukan takat anak ja, mak lagi excited rasanya. Power preschool ni punya effort!

Anna Jual Pearls Sparkles – Awwww this is the cutest things I’ve seen today!!!

Ciklaen – Comel and really inspired! Seronok tengok budak-budak tersenyum.

teacherdee – It was a memorable, beautiful, and exciting day in the end. Alhamdulillah.

Sumber: Twitter Alma Sofia Esperanza José Pura Candela & @raudhahruds

Iklan