KORANG ingat lagi tak filem Mantra? Mantra adalah merupakan sebuah filem seram lakonan utama oleh Zul Handy Black, Hasnul Rahmat dan Mas Muharni yang diterbitkan sekitar tahun 2010.

Filem tersebut juga mengisahkan tentang watak Muzir dan Hasbi yang merupakan pengamal ilmu hitam.

Sehinggalah berlaku konflik antara mereka apabila Hasbi mengkhianati Muzir, untuk merampas isteri Muzir dalam diam.

Memaparkan plot yang menarik, unsur seram yang menjadi dan lakonan hebat daripada barisan pelakon menjadikan filem itu salah satu karya tempatan bergenre seram yang hebat dan menarik.

Filem ini juga turut mendapat pujian daripada pihak media dan pengkritik filem pada masa itu. Mereka menyifatkan bahawa Mantra adalah karya terbaik keluaran syarikat Metrowealth.

Namun, di sebalik kejayaan filem tersebut, korang tau tak ada cerita seram disebaliknya terutama ketika pengambaran.

Ya! Baru-baru ini tular di Twitter apabila salah seorang daripada kru mereka yang dikenali sebagai Zam Rahman berkongsi kisahnya di Twitter yang berpeluang membuat pengambaran selama 35 hari di penjara pudu.

Iklan

Berikut merupakan perkongsian beliau :

“Sekitar 2009, saya berpeluang menjadi krew filem Mantra selaku Propsman. Pertama kali buat freelance dalam masa sama tengah sambung degree Filem.

“Lebih kurang 35 hari shooting. Penuh dengan cabaran. Fizikal dan mental. Turut kacau spiritual.

Lelaki ini kongsi kisah pengambaran filem Mantra di penjara pudu, tiba-tiba seram…

Iklan

“Masuk dari pintu ini, hari pertama di lokasi, saya dan team masuk dalam jam 4 petang. Ditemani guard yang jaga kawasan tu. Dia pun awal-awal dah pesan. “Sebelum 6.30 elok keluar”

“Suasana dalam tu memang creepy. Gelap dan tak selesa.

“Mula bekerja, yang lain ada tugas masing-masing. Saya sibuk ambil nescafe, sapu di dinding. Bagi lagi hitam.

“Masa syok seorang dalam cell, tiba-tiba rasa macam semacam.. macam ada orang perhati. Bahu dari ringan, tiba tiba jadi berat. Lantak lah.

“Kerja kena cepat. Sebab esok dah start shoot. Momen lain, tengah buka tong cat pun juga dikacau. Mental juga nak kejar masa.

“Kalau perasan dalam scene Mantra di mana cell dipenuhi air.

“Ini pun satu hal. Saya kena cari something untuk halang air dari keluar. Jadi petang tu, saya merayau di sekitar kawasan penjara.

Lelaki ini kongsi kisah pengambaran filem Mantra di penjara pudu, tiba-tiba seram…“Petang dah makin gelap. Apa pun tak jumpa. Masa nak balik, saya perasan ada satu papan dalam cell.

“Tak cakap banyak, terus ambil bawa pergi set. Dah test semua. Ok cun. Dah boleh shoot untuk scene malam.

“Elok sebelum shoot tu, kelengkang saya gatal. Pergi lari kejap tengok. Apa kebenda gatal nak mati.

“Kebetulan, penulis skrip ni pengamal perubatan Islam. Pergi lah tanya dia.

“Dia tengok semacam. “Kau ikut aku pergi cell hujung. Kalau ada jerit jerit ke, tak ganggu orang shooting”.

“Aku ikut dia sambil bawa sebotol air mineral. Di tangan dia ada sebatang tongkat kayu.

“Dalam cell tadi. Aku berdua. Dia suruh aku mengadap. Siap pesan, kalau kau dengar apa-apa, kau baca Ayat Kursi slow-slow, pejam mata.

Rawatan bermula.

“Dia selok kocek. Ambil sapu tangan bersih. Dibaca ayat di botol tadi. Kemudian dimasukkan sapu tangan ke dalam botol.

“Mata buka sikit tengok apa yang sedang berlaku. Jauh disudut, yang kau dengar bunyi cengkerik di luar.

“Tiba-tiba, bunyi ada orang sedang berbual.

“Ahdvuwkslmsbhsknvshskkabudjk”

“Ahhh sudah.

“Kau cepat. Kalau kau lambat cakap, sikit lagi kau kena kayap ular”.

“Aduh apa benda tu.

“Kau main ambil je papan tu, benda tu marah lah”.

“Bang, bila masa saya cakap dengan Abang saya ambil papan”

“Yang kau dengar tadi, dia marah. Dia suruh pulangkan balik”.

“Habis scene ni, kau pergi letak semula”.

“Kau tahu tak jalan yang kau ambil tu, jalan nak tempat gantung”.

“Aku diam. Terkejut.

“Aku terus tanya, “Bang, kenapa bahu saya berat”.

“Dia gelak.

“Dah kau mengadap dinding”.

“Conversation sekali lagi berlaku. Nasib aku kuat semangat. Kalau tak, confirm scene jerit-jerit.

“Aku perasan bahu dan belakang badan diketuk-ketuk. Mungkin tongkat tadi.

“Tak lama lepas tu, dia suruh pusing ke depan.

“Ada benda tumpang kat bahu kau”.

“Alahhhhh. Aku jadi tak keruan.

“Lepas ni, kalau jadi lagi. Kau cakap dengan aku”.

“Selesai malam tu. Habis shooting, aku terus letak balik papan tadi.

Lelaki ini kongsi kisah pengambaran filem Mantra di penjara pudu, tiba-tiba seram…

“Sebenarnya, momen dekat Penjara Pudu tak habis malam tu. Ada lagi kisah dari kawan-kawan lain.

“Cuma bila kami sampai di lokasi di Lenggong, Perak. Seorang krew terus kena rasuk.

“Perawat tadi kata, ‘diaorang’ ikut kita dari Penjara Pudu.

“Habis malam tu ramai kena rasuk.

“Antaranya, ada tiga ‘benda’ bertenggek kat bahu. Sampai jalan pun dah macam kau tengah ruku’.

Lelaki ini kongsi kisah pengambaran filem Mantra di penjara pudu, tiba-tiba seram…

“Kalau korang nak tengok balik Filem Mantra tu. Ada kat YouTube. Channel David Teo.

“Kalau korang nak usha gambar di sebalik tabir Filem Mantra. Boleh klik di bawah.

“Aku nak sambung kisah di Lenggong.

“Tapi sebelum pergi lebih jauh. Aku nak minta korang sedekahkan Al Fatihah kepada salah seorang krew production Mantra yang telah meninggal dunia. Tabung gelaran namanya,” tulisnya.

Begitulah antara pengalaman yang dikongsikan Zam. Namun ia tidak berakhir di situ, menurut Zam, dia akan menceritakan kisah mereka di Lenggong pula. Bila? Tunggu…