ANAK-anak semakin menginjak dewasa, bekas Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tak lupa memastikan jalinan hubungan sentiasa erat. Melewati usia persaraan, Canselor University of Cyberjaya itu meluangkan masa bersama.

Baru-baru ini, beliau dan keluarga ke United Kingdom untuk melawati salah seorang anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran di Manchester.

Dalam hantaran terbaru, pakar bedah kanan dan pakar bedah endokrin itu memuat naik foto yang memaparkan anak-anaknya, Khalis, Khazin dan Khair semasa kecil.

Baca juga: ‘;Like father, like son.’ Raih Anugerah Dekan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, anak Tan Sri Dr Noor Hisham tamat pengajian cemerlang

Baca juga: 6 bulan bersara wajib, warganet teruja Dr Noor Hisham kembali berkhidmat

Baca juga: Wira harungi pandemik bersara, 35 tahun menabur bakti, jasa Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terus dikenang

Khalis, Khazin dan Khair ketika kecil

“Apabila anak-anak membesar dan menginjak dewasa, perjalanan hidup ini bernilai dikongsi dan merupakan satu rahmat.

“Ia adalah permulaan bagi pengalaman baharu untuk merealisasikan potensi mereka dan hubungan sepanjang hayat.

“Selama bertahun-tahun sebagai ibu bapa menyokong, membimbing dan menyelesaikan pelbagai isu dalam mewujudkan ikatan rapat dengan anak-anak. Ia memerlukan pertimbangan dan empati.

Baca juga: Hanya satu permintaan DG Hisham sempena hari lahirnya

Baca juga: Ibu jangan lupa didik anak lelaki buat kerja rumah, lepas kahwin tak jadikan isteri seperti hamba

Baca juga: ‘Syahdu oemma pagi ini.’ Menteri Pendidikan terharu anak ketiga khatam 30 juzuk pada ulang tahun kelahiran

(Dari kiri) Tiga anak lelaki beliau iaitu Khazin pelajar Economics and Finance, University of Manchester, Khalis graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal manakala Khair pula graduan BA (Hons) Business Economics, Sheffield Hallam University

“Kita perlu mewujudkan keharmonian dan yang lebih penting hubungan yang berkekalan dengan YANG MAHA KUASA sebelum mereka melebarkan sayap ke seluruh pelosok dunia.

“Ini adalah tiga anak lelaki saya Khazin, Khalis dan Khair yang hari ini sudah dewasa,” titipnya.

Tidak seperti hantaran biasa yang berkaitan isu kesihatan, posting Dr Noor Hisham itu menarik perhatian ramai. Rata-rata bersetuju dengan beliau tentang jalinan kekeluargaan penting biarpun anak semakin meningkat dewasa.

Malah tidak kurang juga yang menjadikan ia inspirasi dalam mendidik anak di samping memuji ketampanan ketiga-tiga anak anak terunanya. Paling melucukan, ramai juga yang berjenaka mencuba nasib untuk menjadi menantu pada ruangan komen.

– “Saya berharap boleh bertemu dengan satu hari dan mendengar cerita. Dapat rasakan betapa indahnya ikatan kekeluargaan Dr, masya-ALLAH. Saya juga seorang ibu kepada tiga orang lelaki yang hebat.”

-“Saya membayangkan diri saya seperti dalam foto seperti ini suatu hari nanti. Buat masa ini sedang membesarkan tiga anak lelaki, keadaannya seolah berperang setiap hari.”

-“Handsome with brain masya-ALLAH Tabarakallah.”

Iklan

– “All segak and handsome.”

-“All looking very sharp!!”

– “Assalamualaikum papa, sihat ke? Saya pandai masak lauk low sodium.”

– “Assalamualaikum papa, saya pun pandai buat air kurang glucose.”

– “Hai ayah hahahhaa.”

– “Tan Sri, saya masih single dan bukan menantu sesiapa.”

Iklan

Untuk rekod, Dr Noor Hisham berkahwin dengan Puan Sri Nik Suwaida Nik Mohyideen dan dikurniakan dua puteri dan dan empat putera.

Sumber: Instagram xdg_hisham

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!