IBU adalah segala-galanya bagi anak. Apabila lahirnya anak lahir ke dunia, insan keramat inilah yang pertama berkorban dan mengajar segala-galanya.

Pemergian orang yang paling berjasa itu pasti akan mengundang kerinduan seumur hidup. Seperti seorang pengguna Facebook, Muhammad Najmie menerusi grup Facebook Grup Edit Apa Hari Ini yang meminta ahli grup yang lain menyunting gambar asal agar beliau tampil di samping ibu tersayang.

Baca juga: “Teringin sangat nak tengok”- Warganet sebak, lelaki OKU minta ‘edit’ badan sempurna macam orang normal

“Kalian, tolong edit gambar saya duduk bersebelahan arwah ibu sempena hari ulang tahun kelahirannya hari ini.

“Saya tiada idea bagaimana, hendak simpan sebagai kenangan kerana saya tiada gambar bersama ibu. Ibu pergi ketika saya masih kecil iaitu tiga tahun, terima kasih,” titip Muhammad Najmie.


Baca juga: Cium ibu lepas sepakan penalti, kisah hidup pemain Maghribi, Achraf Hakimi sentuh hati warganet

Menerusi ruangan komen, beliau mendedahkan pemergian ibunya susulan kanser payudara. Tersentuh dengan reaksi positif oleh ahli grup, pemuda itu menyatakan rasa terharu.

“Walaupun arwah ibu sudah pergi 23 tahun lalu, hari ini berpuluh-puluh ribu orang mendoakan arwah ibu.

“Rakan bukan Islam juga bantu sunting gambar. Allahuakbar, bukan senang hendak terima doa daripada orang ramai apabila kita sudah mati. Tapi ibu dapat,” titipnya.

Hantaran berkenaan menerima 17,000 reaksi daripada warganet dan 2,000 komen. Rata-rata tersentuh hati dan mengakui menitiskan air mata di samping mendoakan anak muda terus tabah.

“Al-Fatihah buat ibu adik. Betullah, rindu pada yang sudah pergi seperti menanggung rindu tidak berpenghujung.”

“Sebak tengok. Terima kasih para editor.”

Iklan

“Kenangan termahal memang tidak mampu digambarkan, ia sukar dijelaskan. Sebaknya.”

“Seiras wajah ibunya. Al-Fatihah untuk arwah ibumu yang tercinta.”

“Antara permintaan yang penuh dengan emosi, semoga ibu tuan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Semoga tuan dan keluarga dapat bersama ibu tuan di syurga ALLAH.”

Baca juga: Terlalu rindu arwah ibu, jemaah wanita rebah 3 kali di pangkuan Ustazah Asma’ Harun usai saie

Iklan

Baca juga: Teringin nak ada anak- 10 tahun menanti cahaya mata, wanita minta edit; ada bayi buat ramai sebak

Sumber: Facebook Edit Apa Hari Ni ?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.