Ibu ayah buat kejutan di awan biru, gadis terharu terima jambangan bunga, kad, ucapan hari lahir

A
A
A

TIADA yang membahagiakan apabila menerima kejutan istimewa ketika pada hari lahir. Sukar untuk digambarkan betapa gembira dan pada masa sama rasa terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh insan tersayang.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Tiktok oleh @elynlyn_ atau Nurlin, gadis berkenaan berkongsi momen indah ketika hari lahirnya. Kedua ibu bapa gadis itu membuat kejutan hari jadi buat permata hati mereka di dalam pesawat dengan kerjasama pramugari yang bertugas.

Baca juga: [VIDEO]Ayah terjumpa anak tengah kerja 'drive-thru' bikin ramai jurai air mata

Gadis itu bersama kedua ibu bapanya sedang berada di dalam sebuah pesawat Air Asia untuk menuju ke Kota Bharu, Kelantan. Video yang dimuat naik gadis itu menarik perhatian ramai warga maya.

Menceritakan momen-momen indah itu, jelas Nurlin beliau mulanya rasa terkejut apabila tiba-tiba dipanggil oleh pramugari untuk pergi ke bahagian depan pesawat. Gadis ini mengakui bahawa dia berasa amat terharu apabila pramugari tersebut membuat pengumuman dan ucapan hari jadi daripada ibu ayahnya.

Pramugari tersebut juga turut mengajak kesemua penumpang untuk menyanyikan lagu ‘selamat hari jadi’ buat dirinya. Nurlin turut menerima sejambak bunga dan kad ucapan hari lahir daripada krew penerbangan. Sejurus menerima kejutan tersebut, gadis ini segera memeluk ibu dan ayahnya.

Baca juga: Shah Rukh Khan sambut hari jadi ke-57, ribuan peminat banjiri pekarangan rumah

Video yang dimuat naik oleh gadis ini telah berjaya mendapat lebih 109,000 tontonan, lebih 22,000 tanda suka dan 252 perkongsian di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tumpang gembira dengan kejutan yang diterima oleh gadis itu. Usaha kedua ibu bapanya menjadikan hari stimewa buat anak kesayangan mereka mengundang sebak dan rasa terharu.

Berikut antara komen menarik daripada warga maya di TikTok:

- "Wah bukan biasa-biasa ni."

- "Ya ALLAH seronoknya. Lain daripada yang lain. Dapat kejutan di dalam kapal terbang."

- "Untungnya awak."

- "Menitis air mata."

- "Seronoknya dapat ucapan di awangan. Semua kru penerbangan bagi kerjasama."

-" Sekali seumur hidup kena ada momen macam ini."

Baca juga: Sempena hari jadi ke-100, nenek miliki impian 'rare' mahu ‘diberkas’ polis. Ini yang terjadi

Sumber: TikTok @elynlyn

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca